Wednesday 7 December 2011

Kawan Memang Macam Tu

Kawan memang macam tu,,, bila susah sume benda nak dikongsi bersama. Apa orang kata sharing is caring. Segala macam perasaan sedih, duka, pilu sume nak share, sume nak diceritakan, sume benda nak diluahkan pada kawan. Kawan la segala-galanya.


Tapi bila senang hati, gembira dan bahagia, tak da plak perasaan nak share segala dengan kawan. Masa nie la rasa macam sharing is boring. Engkau, engkau punya pasal la, aku,,, aku punya pasal la. Yang engkau nak sibuk-sibuk nie kenapa,,, ada aku kisah. Ermmm,,, macam tu la kawan.




Ada kawan bukan main hepy lagi bila lihat kawan dia berjaya, siap celebrate party lagi,,, hahaha, tak kisah la dia tak berjaya sekali pun, yang penting dia seronok tengok kawan dia hepy. Kan bagus kalau kita jumpa kawan yang macam nie,, bila kita berjaya kawan pun turut tumpang gembira dengan kejayaan kita. Biarpun sekadar jadi penumpang je. Tu pun dah cukup bermakna buat dia. Sentiasa bagi sokongan dan semangat buat kawan. Tapi ada ka kawan yang macam tu skunk nie???


Yang biasa kita jumpa, kawan yang dengki dan tak senang tengok kawan dia berjaya. Ada je perasaan tak puas hati. Yela,,, manusia mana pernah cukup dengan apa yang dia ada kan,,, kalau boleh nak lebih lagi dan lagi dan lagi. Macam tu ka kawan sebenarnya...


Bila kita senang, banyak duit dan sihat, ramai ja kawan yang sentiasa ada dengan kita. Tak kira masa, ada je sentiasa. Tak susah-susah nak cari, memang dia datang sendiri.


Tapi kan,,, pernah tak terjadi kat kita,,, bila kita susah, jatuh bankrup, sakit plak tu. Agak-agak berapa ramai kawan yang ada dengan kita masa tu. Paling tak pun,,, kawan yang tepon bertanyakan khabar kita,,, ramai tak?? Kenapa ya jadi macam tu?? Agak-agaknya macam tu la kawankan.


Betul tak kawan-kawan,,,
Kawan memang macam tu ke....
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Thursday 10 November 2011

Pentadbiran PDK

Pengenalan

PDK merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri.

Ia merupakan satu lagi pekhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain dari perkhidmatan untuk kanak-kanak, warga tua dan sebagainya.

PDK menyediakan tempat dan memberi peluang kepada orang kurang upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.

Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat.

Ianya dianggotai oleh ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).

Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh Pemulihan Dalam Komuniti yang berhampiran.

Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di Pemulihan Dalam Komuniti melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.

Secara keseluruhannya Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga Pemulihan Dalam Komuniti ini.

Jabatan ini yang bertanggungjawab dan  berperanan seperti berikut :
  • Bayaran sewa premis.
  •  Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan.
  •  Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan.
  •  Peralatan.
  •  Utiliti.
  •  Program / aktiviti
  •  Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK.
  •  Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
  •  Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV
  •  Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.
  •  PDKNet www.pdknet.com.my



Carta organisasi Pemulihan Dalam Komuniti
  • Penasihat
  • Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah
  • Wakil  Pejabat Pendidikan
  • Wakil Pejabat Kesihatan
  •  Wakil  Pasukan Polis Diraja Malaysia
  • Pengerusi
  • Timbalan Pengerusi
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Ahli Jawatan kuasa



Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),   Jabatan Pembangunan Masyarakat,  Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah mula dijalankan pada tahun 1988. Tujuan program Pemulihan dalam komuniti ini diadakan adalah untuk membantu orang-orang berkeperluan khas dalam pemulihan yang mana mereka tidak dapat  mengikuti latihan atas sebab yang tertentu.

Pentadbiran PDK  sentiasa berusaha menjadikan PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti  di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK 'One Stop Centre'' :
  • Pusat Intervensi Awal OKU.
  • Pusat Sumber maklumat OKU.
  • Pusat Rujukan OKU.
  • Pusat Pendaftaran OKU.
  • Pusat Advokasi.


Sebagai sebuah pusat pentadbiran  pertubuhan  sosial semua yang terlibat seharusnya mengetahui dan memahami akta pekerja sosial bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah Pusat Pemulihan Komuniti.


Akta Pekerja Sosial ialah suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial  secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan pelesenan pekerja sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial.


Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan  mereka dalam komuniti.


Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah.

Akta ini adalah satu strategi penting dalam inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial.

Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan akta.

Akta ini akan memberi jaminan kepada  orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan.

Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malaysia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial.






Haa,, dah baca nota nie,, jangan lupa klik sini.. Terima Kasih..







Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Penubuhan PDK

Syarat penubuhan PDK

Untuk membuka atau menubuhkan pdk baru perlu membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon


Proses penubuhan PDK

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) menerima permohonan menubuhkan pdk daripada ibubapa oku/komuniti/pemimpin tempatan melalui surat, faks, telefon atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
PKMD akan mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat termasuk ibu bapa oku dan pemimpin tempatan.  PKMD akan menerangkan mengenai konsep Program PDK dan cara perlaksanaannya.  Komuniti diminta berbincang dan memberi maklum balas kepada PKMD dalam tempoh 2 minggu dari tarikh perjumpaan.

PKMD mendapatkan maklum balas daripada komuniti berhubung dengan persetujuan untuk menubuhkan pdk.  Sekiranya komuniti bersetuju, ahlijawatankuasa (ajk) pdk perlu dibentuk yang terdiri daripada :-
  • ibu bapa oku
  • komuniti setempat
  • pemimpin tempatan
  • wakil jabatan kesihatan
  • wakil jabatan pendidikan khas
  • wakil pertubuhan sukarela kebajikan/agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan


AJK PDK mengenalpasti sebuah bangunan yang sesuai untuk dijadikan premis pdk dan membuka akaun pdk
Setiausaha PDK perlu mengisi Borang Permohonan Geran Tahunan Penubuhan PDK Baru (JKMM.PDK 2/2003) yang diperolehi daripada Pejabat PKMD dan diserahkan kembali kepada PKMD untuk tindakan selanjutnya.

PKMD menyemak pengisian borang tersebut dan sekiranya lengkap, PKMD menghantar permohonan kepada Jbtn Kebajikan Msykat Malaysia (JKMM) melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

JKMM akan memproses permohonan daripada JKM Negeri.  Kelulusan diberi berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun  memohon.

JKMM akan memaklumkan kepada PKMN mengenai status permohonan (lulus/ditangguhkan kelulusan).  PKMN memaklumkan kepada PKMD.

Sekiranya lulus, PKMD mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa PDK mengenai :-
  • perlantikan penyelia dan petugas pdk
  • pendaftaran oku yang akan mengikuti kelas pdk
  • akaun jawatankuasa pdk yang perlu dibuka (sekiranya belum ada akaun)


Jawatankuasa pdk membuat iklan jawatan penyelia/petugas pdk (rujuk syarat lantikan dalam garis panduan pengurusan  pdk dan garis panduan pemantapan program pdk)

Temuduga bagi jawatan penyelia/petugas pdk akan dijalankan oleh Panel Temuduga yang dipengerusikan oleh PKMD dan dianggotai oleh jawatankuasa pdk.  Surat lantikan akan disediakan oleh jawatankuasa pdk.

Kelas pdk akan dibuka setelah tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK




Okey,, terima kasih kerana sudi membaca nota ini,, klik



Selamat Datang ke DiaNurna Belog

PENEMPATAN OKU DI PDK

JENIS & TAHAP  KECACATAN / MASALAH

Masalah fizikal- celebral palsi


Ceberal bermaksud otak. Manakala ‘palsy’ membawa erti kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otak.

 

Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia.
 
Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan.

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu
  • Palsi selebral athetiod
  • palsi selebral ataxia
  • palsi serebral gabungan
  •  Palsi Selebral spastik


Ciri-ciri fizikal
  • masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.
  • Bagi palsi selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.
  • Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.


Masalah pembelajaran

Masalah emosi-hiperaktif 
  • tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu
  • mempunyai tumpuan yang singkat.
  • Ia dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD).
  • Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. 


Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD
  • Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,
  • kerap membuat kesalahan akibat kecuaian
  • gagal menyiapkan kerja sekolah
  • tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya
  • sukar mengatur tugasan
  • tidak suka dan enggan melakukan tugasan.


Ciri-ciri sosial kanak-kanak
  • tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima
  • mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.



TERENCAT AKAL

Ciri-ciri tingkah laku :
  • Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus.
  •  Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk member tumpuan atau fokus kepada proses P&P didalam kelas
  •  sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian
  • sering menunjukkan tingkahlaku yangsering mengganggu rakan.
  • Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri
  • kurang matang
  • mempunyai masalah dalam menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain.
  • menarik rambut
  • menggigit kuku
  • tabiat suka mencederakan diri
  • meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti.



SINDROM DOWN

Ciri-ciri tingkah laku :
  • Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan, sederhana,teruk dan sangat teruk.
  • Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik.
  • Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran.
  • Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja
  • memerlukan perhatian seperti suka dipeluk.
  • hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.



AUTISMA
  • Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
  • istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran.
  • Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti kanak-kanak normal dan kelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan orang lain.
  • Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal kerana ia sering berubah-ubah.
  • Sering ketawa, menangis dan marah tanpa sebab
  • Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripada melakukan sesuatu yang mereka ingini
  • Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu
  • Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi terganggu
  • Ada kalanya mencederakan diri sendiri


  
LEMBAM (SLOW LEARNER)
  • Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. 


Ciri-ciri tingkah laku :
  • keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan.
  •  mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.
  •  mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian
  •  sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan
  •  Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.
  • sukar memproses maklumat
  • sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.
  • Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.



DISLEKSIA
  • Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.


Ciri-ciri tingkah laku:
  • Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan Myers.1996).
  • Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan, disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.
  • Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.
  • Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang.
  • mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah.
  • Kekeliruan di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
  • Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca.
  • Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;
 - Keliru kedudukan perkataan
 - Pembalikan perkataan
 - Keliru b.inggeris dengan b.melayu
 - Penambahan huruf
 - Kependekan perkataan
 - Pembalikan huruf dalam perkataan


Masalah pendengaran
  • Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.
  • Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.
  • Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi.
  • Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.
  • Tanda-tanda:

 - masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas
 - kelihatan selalu berkhayal
 - percakapannya tidak jelas
 - terkejut apabila dihampiri daripada belakang
 - tidak memahami arahan yang diberikan
 - pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.
 - Bagi perkembangan fizikal, motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal.
 - Perkembangan kognitif adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa.
 - Bagi perkembangan sosial, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima  melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.


Masalah penglihatan

Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat

Menurut Heward (1996), seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah

Masalah penglihatan terbahagi kepada dua :
  • rabun atau kurang nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan </60)
  •  buta adalah bagi mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca


Tanda-tanda fizikal
  • mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar
  • matanya sensitif terhadap cahaya
  • bahagian tepi mata kelihatan merah
  • kelopak mata bengkak, mata selalu berair dan terdapat bintik-bintik ditengah mata
  • mengadu tidak dapat melihat dengan jelas
  • sakit kelapa apabila membuat sesuatu kerja
  • pandangan kabur dan kadang kala objek dilihat menjadi dua imej
  • mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek
  • selalu mengerut atau mengecilkan mata
  • kerap berkelip



ha,, da penat baca,, boleh la klik sini.. terima kasih

   

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

PENINGKATAN KUALITI PROGRAM PDK

Objektif
  • Membolehkan OKU hidup berdikari
  • Meningkatkan penglibatan masyarakat luar
  • Dapat berkembang supaya dapat menghadapi cabaran dan keperluan yang baru mengikut keperluan semasa



Strategi-strategi

a) Meningkatkan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam  Komuniti (PDK) di negeri dan daerah:
  • Mewujudkan PDK baru mengikut keperluan di peringkat daerah
  • Meningkatkan latihan dan kualiti perkhidmatan di PDK dengan menganjurkan kursus mengikut zon dengan kerjasama
  • Jawatankuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam Komuniti
  • Kebangsaan untuk pekerja PDK dan Kursus untuk ibubapa dan  Ahli Jawatankuasa PDK.
  • Meningkat dan memperluaskan pelaksnaan Rumah Kelompok.
  • Pendaftaran orang kurang upaya.


b) Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan:
  • Masyarakat digalakkan untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bagi membantu kanak-kanak OKU


c) Meningkatkan penglibatan NGO:
  • Dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan.
  • Melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan.
  • Contoh aktiviti adalah seperti berikut:-

- sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar.
- perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program.
- Pembangunan Kesukarealaan


d) Menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDK untuk membantu Pegawai dan Kakitangan JKMM dalam memantau PDK bagi memastikan pelaksanaannya menepati objektif penubuhannya :
  • Cara menguruskan Pusat PDK serta memberi panduan secara menyeluruh dalam pelaksanaan program PDK.


e) Pertambahan tenaga pekerja selaras dengan kadar nisbah pekerja dan OKU yang baru iaitu 1 pekerja : 5 OKU berbanding 1 pekerja : 10 OKU sebelum ini.

 f) Latihan Bagi Pekerja PDK untuk memastikan kualiti pembelajaran dan program pemulihan di PDK:
  • Menepati keperluan semasa dan berada ditahap yang tinggi
  • Contoh : JKMM telah menjalinkan kerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dimana sukarelawan JOCV (Japan Overseas Cooperation Volunteers) ditugaskan di negara ini untuk membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di PDK khususnya dalam bidang Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja dan Guru Pendidikan Khas


g) Menggunakan PDK Net :
  • Sebagai sumber informasi, saluran komunikasi, pendaftaran OKU, khidmat nasihat dan bimbingan, kaedah pembelajaran dan pemulihan serta promosi dan publisiti bagi PDK
  • mewujudkan saluran rangkaian yangberkesan yang membolehkan ibubapa, pekerja PDK dan komuniti untuk berkongsi maklumat dalam pemulihan dan pembangunan OKU


h) Menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan bengkel untuk pekerja PDK, ibubapa dan masyarakat tempatan.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan OKU







Selamat Datang ke DiaNurna Belog

KHIDMAT PELBAGAI DISIPLIN

PIHAK YANG TERLIBAT

IBU BAPA

Ibu apa dan keluarga OKU memainkan peranan penting dalam PDK

Ibu bapa dan keluarga boleh membantu menjayakan dan melancarkan perjalanan PDK

Dengan memberikan bantuan kepada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas-tugas  di PDK. Oleh itu hanya ibu bapa dan ahli keluarga OKU sahaja yang faham dan mengerti bagaimana hendak menguruskan dan mengendalikan anak-anak mereka

Dengan melibatkan diri di dalam PDK, ibu bapa boleh belajar kaedah-kaedah membantu mengawal dan mengasuh anak-anak supaya dapat diintegrasikan dalam masyarakat

Kehadiran ibu bapa juga adalah untuk sama-sama belajar atau mendapatkan latihan daripada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan atau meneruskan sesi pembelajaran dan latihan yang dijalankan di PDK setelah pulang ke rumah


KOMUNITI

Memberikan motivasi kepada mereka yang mempunyai anak yang kelainan upaya

Tidak memandang serong kepada golongan OKU

Tidak meminggirkan golongan OKU

Memberi khidmat secara sukarela untuk membantu golongan OKU di PDK

Membantu untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri golongan OKU


BADAN BUKAN KERAJAAN

Menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan OKU

Memberikan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan terapi kepada golongan OKU

Membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan OKU dalam kalangan petugas PDK

Memberikan bantuan kewangan

Contoh badan bukan kerajaan

  • Persatuan kanak-kanak spastik
  • Pusat bimbingan sinaran matahari
  • Pusat harian kanak-kanak istemewa
  • Yayasan sindrom down kiwanis



KEMENTERIAN KESIHATAN

Perkhidmatan : penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, pemulihan cara kerja, pemulihan anggota, pemulihan pertuturan, pemulihan pendengaran, rawatan susulan, penilaian pemakanan dan rawatan psikologi

Carta alir perkhidmatan kesihatan :
a) Langkah 1 : Penilaian awal

  • dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis ketidakupayaan kanak-kanak.


b) Langkah 2 : Pengesahan ketidakupayaan

  • Pengesahan dalam "Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Dengan Keperluan Khas"
  • Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat bantuan atau perkhidmatan kebajikan


c) Langkah 3 : Penilaian khusus oleh pasukan multidisiplin

  • Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya.
  • Pasukan multidisiplin terdiri daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan, pegawai pemuligan pendengaran dan pegawai pemakanan


d) Langkah 4 : Perancangan rawatan

e) Langkah 5 : Perlaksanaan rawatan

f) Langkah 6 : Rawatan susulan dan penilaian semula

  • penilaian semula bagi penempatan sebenar prasekolah atau sekolah khas atau sekolah vokasional


g) Langkah 7 : Langkah selanjutnya

  • kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
  • kanak-kanak yang mempunyai masalah serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya



JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Pendaftaran dan kad kenal diri

  • tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistik bagi maksud perancangan perkhidmatanatau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal
  • kad kenal diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan


Bantuan alat tiruan atau otortik

  • bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan atau sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU
  • dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian


Elaun pekerja cacat (EPC)

  • skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain dan sebagai penyelenggaran pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan


Bengkel terlindung

  • jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta atau menempatkan OKUdi Bengkel Terlindung seperti bengkel daya klang, bengkel daya sungai petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela


Pemulihan dalam komuniti (PDK)

  • pdk satu strategi alam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat
  • aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, sukan dan rekreasi



AGENSI-AGENSI KERAJAAN LAIN

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

a) pengecualian cukai jalan

b) kemudahan pengangkutan awam

  • potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpress
  • MAS 50 % penerbangan domestik
  • KTM 50% bagi semua kelas



KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


  • bantuan kewangan pelajar OKU IPT
  • diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa(diploma ke atas)  di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti
  • bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan sepenuh masa meliputi perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi pada kadar tidak melebihi rm5000 setahun atau rm20000 bagi sepanjang tempoh pengajian
  • bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan separuh masa atau pengajian jarak jauh diberi pada kadar tidak melebihi rm5000 setahun atau rm20000 bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran pengajian sahaja

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Wednesday 9 November 2011

PRINSIP DAN ETIKA KERJA SOSIAL

TEORI SOSIAL


Teori Ekologikal


a) Dipelopor oleh Bronfenbenner 1979
b) Perkembangan organisma dipengaruhi oleh persekitaran
c) Interaksi berlaku antara hubungan 2 ekologikal

d) Terbahagi kepada lima sistem iaitu :

  • Mikrosistem
  • Mesosistem
  • Ekosistem
  • Mikrosistem
  • Kronosistem


Teori Pembelajaran Sosial

Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan

Orang diperhatikan sebagai model

Proses pembelajaran elalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan

Terdapat 4 unsur utama iaitu :

  • perhatian 
  • mengingat
  • reproduksi
  • peneguhan


Prinsip pelaksanaan

  • Menentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial
  • Memastikan proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur
  • Memupuk kecekapan meniru dan reproduksi dengan latihan secara sistematik daripada mudah kepada kompleksdan demonstrasi berulang-ulang
  • Memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh kayakinan terhadap tingkah laku yang ditirunya


Ciri-ciri teori

  • Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
  • Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan
  • Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model
  • Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan,peniruan dan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif


Implikasi teori

  • Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar
  • Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat
  • Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model
  • Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan stimulasi 

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

KEPELBAGAIAN KOMPOTENSI MURID

KOMPOTENSI KENDIRI

Teori motivasi intrinsik

  • Motivasi intrinsik ialah motivasi yang terbatin dan merupakan penggerak kepada perlakuan untuk kepentingan sendiri atau untuk memperolehi ganjaran bagi diri sendiri


Teori motivasi ekstrinsik

  • Motivasi ekstrinsik merujuk kepada konsep yang berkait dengan peneguhan.
  • Suatu proses apabila rangsangan atau peristiwa luar yang disebabkan oleh tindak balas itu meningkat
  • Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya

Teori motivasi keperluan maslow

Abraham Maslow (1943;1970) mengatakan bahawa pada dasarnya semua manusia memiliki keperluan asas yang dapat dijelaskan dalam bentuk piramid yang bermula daripada petingkat yang paling rendah sehingga yang paling tinggi

  • Keperluan fisiologi : keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup
  • Keperluan keselamatan : bagi menjamin kesejahteraan hidup
  • Keperluan kasih sayang : hubungan dengan insan yang lain
  • Keperluan penghargaan kendiri : manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup
  • Keperluan kesempurnaan kendiri : usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri



KOMPOTENSI SOSIAL

Kompotensi sosial bermaksud bagaimana individu itu dapat mengurus hubungannya dengan orang lain

Kesedaran sosial
a) Membangun individu lain

  • kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan 

b) Kesedaran organisasi

  • keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan semasa

c) Berorientasi perkhidmatan

  • boleh menjangka, mengenal pasti dan memenuhi keperluan individu

d) Empati

  • sedar akan perasaan dan keperluan orang lain dan mengambil berat

e) Melayani kepelbagaian

  • membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia 


Kemahiran sosial
a) Pengaruh

  • menggunakan pelbagai teknik untuk memujuk

b) Pemangkin perubahan

  • memulakan hala tuju serta mengurus dan memimpin perubahan

c) Komunikasi

  • menyampaikan maklumat yang jelas dan meyakinkan

d) Kepimpinan berinspirasi

  • memandu dan mendorong desakan visi

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

STRATEGI DAN PENEMPATAN PELAJAR

ISU INDIVIDU

INKLUSIF

Lyin Gow (1990) menyatakan bahawa kanak-kanak ketiadakeupayaan belajar bersama-sama rakan sebaya dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka

Stainback & Stainback (1990) menyatakan bahawa inklusif merupakan program menempatkan kanak-kanak ke dalam bilik darjah sebagaimana kawan yang tidak mempunyai kecacatan


Rasional inklusif

  • Memberi peluang untuk berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain
  • Memberi peluang untuk kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat
  • Berkongsi kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya


Ciri-ciri pelajar yang diinklusifkan

  • Mempunyai kemahiran 3M
  • Tiada masalah tingkah laku
  • Boleh mengikut arahan
  • Boleh berkomunikasi


Jenis-jenis inklusif
a) Inklusif penuh

  • mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid-murid biasa
  • senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas
  • guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan guru pendidikan khas sekiranya ada masalah dari segi pembelajaran atau tingkah laku
  • pelajar pendidikan khas tahun 6 boleh mengambil peperiksaan


b) Inklusif separuh

  • mengikuti pembelajaran kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja
  • senarai nama murid pada daftar program pendidikan khas
  • guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping
  • ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa


Kebaikan pendidikan inklusif

  • Wujud hubungan interaksi yang baik
  • Mengurangkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel
  • Mengurangkan stigma terhadap pelajar berkeperluan khas


Kelemahan pendidikan inklusif

  • Berlaku pengasingan daripada kanak-kanak biasa
  • Guru biasa mengalami bebanan dan tanggungjawab yang lebih



INTERGRASI

Intergrasi ialah program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa.

Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.

Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan

Objektif pendidikan khas intergrasi

  • menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
  • menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid pendidikan khas
  • menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini



PERBEZAAN INDIVIDU DAN PENYESUAIAN

Definisi
Perbezaan individu didefinisikan sebagai ketidaksamaan individu dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial


Murid pk vs murid normal

  • Fizikal dan kesihatan
  • Emosi dan sosial
  • Kesediaan belajar
  • Pengamatan


Aspek perbezaan

  • Jantina
  • Fizikal
  • Personaliti
  • Kesihatan
  • Gaya belajar



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN KUMPULAN

Konsep

  • Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan pelajar


Tujuan

  • Murid dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka


Prinsip pengajaran kumpulan

  • Pelajar bergerak bebas dan berbincang
  • Alat dan bahan disediakan
  • Perhatian guru penting
  • Ahli kumpulan tidak semestinya tetap
  • Melantik ketua kumpulan
  • Arahan guru mestilah jelas


Kaedah pengajaran kumpulan

  • Persembahan
  • Rumusan
  • Sumbang saran
  • Main peranan
  • Simulasi
  • Teknik jigsaw


Kebaikan pengajaran kumpulan

  • Meningkatkan komitmen individu terhadap pembelajaran
  • Pelajar yang lemah akan dibimbing dan pelajar cerdas akan terus maju
  • Memperkembangkan kemahiran komunikasi
  • Memupuk semangat positif seperti tolak ansur dan kerjasama


Kelemahan pengajaran kumpulan

  • Menimbulkan perasaan rendah diri
  • Memerlukan penglibatan aktif murid
  • Guru yang tidak cekap akan mengalami masalah kekangan masa



PENGAJARAN INDIVIDU

Definisi

  • Turut dikenali sebagai self-direct, independent atau autonomous learning (Fry, 2003)
  • Menekankan sistem pembelajaran yang fleksibel yang mengambil kira perbezaan individu dan gaya pembelajaran individu
  • Murid banyak bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pembelajaran mereka dan mempunyai motivasi yang tinggi


Kaedah pembelajaran individu

  • Pengajaran kendiri melalui bahan media
  • Pembelajaran berasaskan komputer dan multimedia
  • Tugasan atau projek individu 


Kekuatan pengajaran individu

  • Mempunyai penyataan objektif pembelajaran yang jelas untuk dicapai
  • Melibatkan penglibatan aktif murid dalam memberi respon kepada bahan pembelajaran
  • Memberi peluang kepada pelajar lemah untuk mendapat perhatian yang diperlukan
  • Hubungan guru dan murid erat kerana berlakunya maklum balas


Kelemahan pengajaran individu

  • Memerlukan komitmen dan motivasi yang tinggi daripada murid
  • Masalah logistik kerana perlu mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

PENGURUSAN KELAS KHAS

MODEL PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS

MODEL HEWETT

Tingkah laku murid dipengaruhi oleh :

  • Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra
  • Kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui
  • Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik


Kebaikan model :

  • Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh membina motivasi murid
  • Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber maklumat
  • Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT
  • Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber


Kelemahan model :

  • Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil masa yang lama
  • Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada pengawasan




MODEL MONTESSORI

Pengenalan

  • Teori utama montessori ialah minda yang menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi
  • Menekankan aspek penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu


Prinsip-prinsip

  • Menghormati kanak-kanak dan hak mereka
  • Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
  • Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
  • Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri


Konsep asas dalam kurikulum

  • Minda yang mudah menyerap
  • Persekitaran yang tersedia
  • Didikan diri
  • Bahan pembelajaran




STESEN

Definisi

  • Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran
  • Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada
  • Murid-murid dapat mengikuti keseluruhan kurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada murid


Rasional

  • Menyediakan pendekatan pnp yang lebih fleksibel, menarik dan berfokus
  • Disiplin murid senang dikawal


Matlamat

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam suasana pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokkan


Objektif

  • Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran
  • Murid lebih berminat untuk belajar
  • Murid belajar dalam suasana kondusif


Bilangan stesen

  • Sebanyak 14 buah stesen kemahiran mengikut komponen mata pelajaran berasaskan 4 bidang di dalam kurikulum pendidikan khas


Implikasi

  • Pengubahsuaian ruang fizikal
  • Keperluan peralatan fizikal
  • RPI disimpan di stesen




KIOSK

  • Merupakan pendekatan dimana pelbagai bahagian sudut dalam kelas yang berdasarkan teori multiple intelligent
  • Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu
  • Diasaskan oleh Howard Gardner
  • Beliau menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu
  • Kecerdasan individu boleh dipertimbangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran
  • Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat
  • Dalam konteks pendidikan khas terutamanya, pendidikan khas bermasalah pembelajaran, konsep kiosk amatlah sesuai dijalankan
  • Ini kerana murid pendidikan khas berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran
  • Pendekatan kiosk memberi peluang kepada guru untuk mengapllikasi keperlbagaian kemahiran serta kreativiti mereka
  • Pendekatan kiosk sebenarnya berdasarkan kecerdasan pelbagai dimana sati kelas boleh membina 8 kiosk.




MODEL PENGAJARAN KUMPULAN

PENGAJARAN KOPERATIF

  • Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil.
  • Setiap murid bertanggungjawb tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan
  • Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan
  • Hasil secara kumpulan
  • Guru berperanan sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan untuk mencapai objektif



PENGAJARAN KOLABORATIF

  • Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu stratei yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari
  • Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid
  • Berasaskan kepada idea bahawa pembelajran adalah satu tingkah laku sosial.
  • Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual
  • Hasil secara individu
  • Tidak memerlukan pemantauan guru



KHIDMAT GURU PENDAMPING

Definisi

  • Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid
  • Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah yang dihadapi oleh murid
  • Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu


Peranan guru pendamping

  • Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincngan
  • Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas
  • Menjalankan program yang berpusatkan murid


Kepentingan guru pendamping

  • Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR, termasuklah murid-murid yang telah diinklusifkan.
  • Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik, perkembangan sosial, komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri




 
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Saturday 29 October 2011

PROFESIONALISME GURU

PENGENALAN
Profesionalisme ialah sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional


Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987)




1. KEPERLUAN GURU


a) KELAYAKAN GURU

Kelulusan ikhtisas guru pendidikan khas :

  • Ikhtisas = pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam
  • Sentiasa belajar berfikir, merancang dan menilai murid-murid
  • Mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap


Jenis kelulusan atau kelayakan :

  • Diploma khas pendidikan / pemulihan khas (KDP) sijil perguruan khas pendidikan pemulihan khas (KSPK) - setahun
  • Sijil kursus dalam cuti (KDC) pemulihan / pendidikan khas - 6 bulan
  • Sijil kursus dalam perkhidmatan (KDP) pemulihan / pendidikan khas - 14 minggu
  • Ijazah sarjana muda pendidikan khas - maktb


Kepentingan kelayakan guru :

  • Memberi maklumat mengenali murid-murid PK
  • Mendapat maklumat cara penilaian dan penapisan murid PK
  • Menyatakan hak-hak murid PK dalam pendidikan
  • Memberi pengetahuan menyeluruh berkenaan aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani muri PK


b) MOTIVASI GURU

Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang

Motivari instrinsik adalah motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu

Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita membuat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran


Peranan guru dalam memotivasikan murid :

  • ganjaran
  • ambil berat
  • penuhi keperluan pelajar
  • terima pelajar seadanya
  • berikan kata perangsang



Kesan motivasi :

  • menggalakkan semangat persaingan
  • menarik perhatian pelajar
  • dapat menimbulkan perasaan ingin tahu
  • menghasilkan pembelajaran yang bermakna




c) KETERAMPILAN GURU

Keterampilan boleh didefinisikan sebagai kemahiran kecekapan dan pengetahuan menggunakan tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikolotor dan penggunaan sumber yang berkesan (Ahmad, 1997 ; Zamri, 2007)

Dalam konteks pendidikan khas keterampilan bermaksud kemahiran, kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas 


Keterampilan guru pendidikan khas :

  • menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik
  • memiliki pengalaman, bermotivasi tinggi dan kreatif
  • mempunyai kemahiran dan teknik pengajaran yang baik
  • mempunyai tahap kesabaran yang tinggi 




d) LATIHAN GURU ASAS

Objektif latihan adalah untuk membentuk keupayaan ahli-ahlinya.

Latihan dalam sistem pendidikan merupakan kesediaan untuk mempelajari tatacara bekerja untuk meningkatkan kemahiran guru.

Program mengenalpasti latihan yang mencukupi dalam bidang yang diceburi


Program yang terlibat :

  • Kursus diploma perguruan malaysia (KDP)
  • Program bacelor pendidikan
  • Kursus perguruan lepasan diploma (KPLD)
  • Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI)
  • Kursus diploma perguruan khas (KDPK)
  • Program khas pengsiswazahan guru (PKPG)

  
Contoh latihan asas guru :

  • amali
  • pengalaman berasaskan sekolah
  • latihan mengajar


Tujuan guru asas PK :

  • memberi pengalaman yang baik
  • mengenal pasti masalah murid-murid
  • menggunakan pelbagai pendedahan untuk menangani masalah murid 

Isu latihan guru asas :

  • ramai yang menganggap tanpa latihan guru asas seseorang mampu menjadi guru dan mengajar murid-murid
  • infrastruktur dan kemudahan tempat guru menerima latihan guru asas
  • guru biasa mengajar di kelas pendidikan khas tanpa latihan asas
  • sistem pemilihan calon guru 








2) PENINGKATAN PROFESIONALISME


Objektif :

  • meningkatkan profesionalisme guru
  • inovasi terkini dalam pendidikan
  • memartabatkan profesion pendidikan
  • mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan
  • meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan


Kursus dalam perkhidmatan


  • Menyediakan latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah
  •  Program ini bermatlamat kepada peningkatan pengetahuan dan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring dengan perkembangan pendidikan global
  •  Kursus yang ditawarkan termasuk program ijazah dan pasca ijazah


Jenis kursus yang ditawarkan

  • Kursus pendek kelolaan institut pendidikan guru malaysia (KPKI)
  •  Kursus khas pensarjanaan pensyarah
  •  Program pembangunan jurulatih malaysia
  •  Kursus peningkatan profesionalisme 14 minggu
  •  Kursus sijik perguruan khas (KSPK) satu tahun











3) SOKONGAN PENGURUSAN SEKOLAH

Kerjasama :

  • guru besar tidak memahami konsep pendidikan khas
  • guru aliran perdana tidak mengiktiraf pendidikan khas
  • pihak sekolah hanya meletakkan program pendidikan khas dipinggiran
  • pihak pejabat tidak memberi kerjasama dari segi keperluan kewangan dan kebenaran untuk aktiviti luar


Kenaikan pangkat


Penghargaan dan pengiktirafan :

  • guru besar jarang mencalonkan guru PKsebagai guru cemerlang
  • guru aliran perdana cemburu dengan elaun PK
  • guru PK dianggap tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap sekolah


Kebajikan :

  • guru PK dikatakan mempunyai peruntukan sendiri dan sukar mendapat bantuan BBM dan sebagainya
  • senioriti antara guru aliran perdana dan pendidikan khas
  • guru PK sudah mendapat elaun khas







  

    Selamat Datang ke DiaNurna Belog