Tuesday 13 September 2011

Pengenalan Kepada Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Definisi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.


 
Konsep PDK
  • Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
  • Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti
  • Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti
  • Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU



Objektif PDK

  • Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawabmasyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.
  • Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
  • Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
  • Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk pemuliha OKU
  • Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.



Falsafah PDK

Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum



Ciri-ciri PDK
  • Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.
  • Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting
  • Menggunakan teknologi dan kos yang rendah
  • Kaedah dijalanan secara di pusat dan seliaan di rumah
  • Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada



Faedah penubuhan PDK
  • Membantu golongan ibu bapa untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini.
  • Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang duhadapi dengan ibu bapa yang mempunyai anak seperti mereka.
  • Kanak-kanak istimewa ini mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka dan dapat meminimumkan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini.
  • Dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan.



Sejarah penubuhan PDK

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil insiatif dengan kerjasama Kementeria Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU)

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.



Model PDK

Program PDK berteraskan kepada 3model iaitu :

a) Home Based (PDK di rumah)
  • Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.
  • Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari.
  • Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.

b) Center Based (PDK di pusat)
  • Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari.
  • OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan.

c) Center Home Based (PDK di pusat dan di rumah)
  • Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari.
  • Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.





    Selamat Datang ke DiaNurna Belog

    Saturday 3 September 2011

    Selamat Hari Raya

    Assalamualaikum sume...

    Sempena Hari Raya yang mulia ini, Nurna ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri Nurna dan yang penting sekali, Nurna memohon maaf sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa serta terguris hati sama ada secara sengaja atau tidak. Nurna minta maaf ya...


    [ credit to : google ]


    nota poket : rindu mereka-mereka sume,,, rindu cikgu tak???
    Selamat Datang ke DiaNurna Belog