Tuesday, 31 May 2011

Penakut ke Macam Tu

Hai sume,,,


Dialog : “Eeeeiiiii,,, takutnya, takutnya, menakutkan betul…” eh,,, pe hal ko nie??? Tu pun takut ke. penakut betul!!! Pape entah…hehehehe,,, amacam diolog tu?? Berkesan tak?? Apa komen korunk?? Apa pendapat korunk terhadap owang2 yang penakut nie??????


Sebenarnya,, perasaan takut tu normal… semua owang mempunyai perasaan takut. Cume bezanya apa yang ditakutkan tu tak sama la… jum kita tengok apa yang korunk selalu takut kan…


^
^
^
^
^




^
^
^
^
^


Ha,,, takut tak?? Takut tak?? Haha, sebenarnya bukan takut pun, cume geli jek, tapi biasala pmpuan, menjerit je lebih. Eh,,, bukan pmpuan je, laki pun sama gak. ish2, cuba korunk tengok betul2,, cantik kan katak nie,,, da macam2 kaler lagi. kepada yang penggemar dan pencinta katak, memang la akan kata macam tu, tapi bagi mereka takut dan tidak suka akan katak, memang la akan menjerit sekuat ati...


^
^
^
^
^




^
^
^
^
^


Eh2, gelapnya, tak da elektrik ka, saya takut la. ha,,, ni lagi satu situasi dimana bekalan elektrik terputus, siapa sangka kan, ada jugak owang yang takut akan keadaan gelap, boleh dikatakan, kanak-kanak pun takut jugak pada keadaan gelap. remaja pun tidak kurangnya. pada ketika ini la,,, lilin dirasakan amat bernilai dan berharga sekali. huhuhuhuhu


^
^
^
^
^




^
^
^
^
^


Macam mane nie??? Aku tak ready lagi, apa pun tak baca lagi nie. Takutnya,, Takutnya, adoihhh, tak mampu berfikir dah,. hehehehehehehe,,, bila difikirkan balik, lawak kan. Tiap kali nak exm, nie la keadaannya… perasaan takut menyelubungi diri. time ni lak tetiba rasa mcm nak demam la, sakit kepala la, itu la, ini la, mcm2. mesti korunk semua penah mengalami situasi macam nie kan??? Tu la,,, len kali baca buku awal2. nanti  tak la jadi mcm nie… amboiii,,, sonok je kata kat owang,,, padahal,, Nurna pun sama gak… baca buku last minit gak… ^_^



Tu saja untuk hari nie
Dari Nurna
^_^

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Gempak! Giveaway Daripada Firdaus Kasim

Hai sume,,,


Akhirnya,,, Nurna join jugak GiveAway yang dianjurkan oleh Firdaus Kassim. Dah lama sebenarnya kata nak join,,, ^_^ Cuma hari nie baru berpeluang. Jika korunk sume berminat nak join GiveAway nie,,, sila klik pada banner untuk dapatkan maklumat lanjut.





Okey,,, Nurna sebenarnya masih lagi belajar di sebuah IPG. Nurna mengikuti kursus Pendidikan Khas. Pendidikan Khas nie adalah program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak yang kurang upaya. Walaupun mereka nie adalah dari golongan yang kurang upaya, namun mereka sume comel sangat dan yang penting sangat mendengar kata.


 [ credit : google ]


Nurna mula berblog dan memiliki blog pada 7/3/2011. Ya, Nurna budak baru belajar lagi. Sebenarnya tak penah terfikir pun nak buat blog. DiaNurna Belog nie pun, terhasil secara tiba-tiba tanpa berfikir panjang. Yela,,, Tengok owang lain da blog, tiba-tiba je Nurna pun nak buat blog jugak. Disebabkan skunk nie Nurna agak sibuk dengan praktikum, jadi Nurna jarang la update blog. ^_^
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Monday, 30 May 2011

oh! (SERN) bagi GIVE AWAY hadiah misteri!!


Peewit!~
Mesti yang ada rasa teruja kan kalau bab GA ni.. 
Terutama Tiefazatie!~*sorry kalau silap nama*
yelah..setiap GA dia masuk kompem nye dia terpilih plak tu..!~
So, kali ni oh! (SERN) nak wat GA untuk kedua kalinye..~
Macam mana nak join?
Ce citer ce citer..
Mudah jek!
1. Korang perlu copy SEMUA ayat ada kat POST ini.
2. Follow? Tu kebiasaan orang buat kan..? oh! (SERN) tak nak buat macam tu..buat macam tu ibarat tidak ikhlas nak follow citer orang kan? So, its up to you nak follow ke tak.
3. Jawab soalan mudah iaitu TEKA HARGA STEAMBOAT yang Sern makan aritu. Nak info lebih rujuk sticky post ni..
INFO STEAMBOAT oh! (SERN)
4. Tag orang? Tak perlu! Kalau rasa diarang ada sense of nak join, dyerang baca blog korang, dyerang join la eak! Tapi nak tag pun boleh..dialukan. Tapi tak wajib!hehe.
4. Last sekali, copy banner di bawah ni. Letak la mana pun. Yang penting ADA kat BLOG anda. And then bagi backlink kat part comment okay~
So, all the best!
Hadiah tu misteri. Yang pasti lebih daripada RM1** okay! 
(Berkat duit NUFF..hehe)

BANNER KHAS GA NI:


Jika korunk berminat nak join,,, boleh la klik pada banner untuk dapatkan maklumat lanjut.

Nurna teka harga steamboat tu adalah RM64.80



Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Saturday, 28 May 2011

GiveAway Saya Suka Kuih

Salam sume,,,


Horreeeyyy,,, akhirnya dapat gak Nurna update blog nie,,, Sonok bukan kemain... ^_^ Sambil-sambil berlenggang kangkung blogwalking tadi,,, terjumpa la plak GiveAway Saya Suka Kuih,,, GA nie telah dianjurkan oleh KAK INA.




Kepada sesapa yang ingin menyertai GIVEAWAY ini bolehlah klik pada banner untuk dapatkan syarat penyertaan dengan lebih lanjut.


Dalam banyak-banyak kuih,,, Nurna suka sangat makan kuih lapis,,, Kuih nie sangatlah comel dengan warnanya yang berlapis-lapis, Sedap plak tu. Pada pendapat Nurna la kan,,, owang yang pandai buat kuih lapis nie, mesti sowang yang penyabar kan... Yela,,, bukan senang nak buat kuih lapis nie selapis demi selapis kan... memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ^_^


Okey la,,, tak nak merepek panjang-panjang,,, kalau korunk sume ada masa,,, join la ya GA nie...




Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Sunday, 15 May 2011

Bakal guru berjuang di Hari Guru

Salam sume,,,



Sempena sambutan Hari Guru yang bakal tiba iaitu pada 16 Mei,,, jadi Nurna nak buat satu entry khas untuk para guru sekalian iaitu Selamat Hari Guru. Nurna ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru, tidak lupa juga kepada bakal-bakal guru terutamanya  warga IPG,,, Selamat Hari Guru...



[ credit to : google ]



Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru yang telah mengajar Nurna,,, Tak kira la sama ada guru tadika, guru fardu ain,,, mahupun guru sekolah rendah apatah lagi guru sekolah menengah... terima kasih sangat sangat kerana mengajar Nurna dengan penuh sabar... Tanpa kalian siapa la Nurna pada hari ini...



Gud luck diucapkan kepada warga IPG yang akan menduduki peperiksaan pada 16 Mei,,, iaitu PPISMP SEM 2 dan KPLI JUN 2010,,, Semoga berjaya... Itulah yang dikatakan bakal guru berjuang di Hari Guru... All da best ya...



p/s : gud luck jugak buat diri sendiri yang akan menduduki exam tak lama lagi :)



Itu saja
dari Nurna
^_^



Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Saturday, 14 May 2011

Kecewanya saya :(

Salam sume,,,
 

Setelah beberapa hari blogspot.com mengalami kesulitan dimana kami sebagai penggunaan blogspot juga turut terjejas dengan keadaan ini. huhuhuhu,,, Mau tak nya,,, Nak buka blog pun tak dapat,,, Just boleh review sahaja... Ok la kan,,, daripada tak dapat view langsung...


Tapi agak kecewa la jugak, bila buka je blog nie,,, kelihatan terdapat beberapa perubahan yang tak disangka sangka... mmg sangat la tak disangka,,, Nurna percaya para blogger yang lain juga memang tidak dapat menyangka akan apa yang telah berlaku,,, terdapat beberapa komen telah pun hilang entah kemana,,, oh,,, betapa sedey nya hati ini... Dah la beberapa hari nie kecewa sebab tak boley buka blog,,, bila da boley buka blog,,, jadi plak macam nie,,, dah jadi dua kali sedey...



Lihatlah betapa sedeynya Sam Dong dalam cite Dream High
[ credit : google ]



Kira okey la lagi sekadar hilang komen jika nak dibandingkan dengan blogger yang lain dimana,,, mereka mengalami kehilangan entry serta widget dan ada juga yang terpaksa mengubah semula templates mereka... nasib bek la entry terbaru Nurna tak hilang begitu sahaja. kalau tidak tentu Nurna kecewa yang amat... yela,,, dengan penuh semangatnya Nurna menulis entry tersebut semata-mata untuk join contest yang dianjurkan oleh Ame dan Aneff.



Itu saja,,,
Dari Nurna
^_^

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

"First Giveaway Ame Dan Aneff"

Salam sume,,,

Macam tak caya jek,,, Dalam kesibukan Nurna yang nak exam tak lama lagi,,, sempat plak jumpa GA nie,,, Entah kenapa berminat la plak ^_^




GA nie dianjurkan oleh Ame dan Aneff,,, Dua nama yang sangat cocok dan sesuaikan,,, Tertanya la jugak,,, Kawan baik ke mereka berdua nie?? Kepada sesapa yang berminat untuk menyertai GA ini,,, boleh la klik di SINI untuk dapatkan syarat penyertaan.



Pandangan Nurna terhadap blog Ame :

Nurna nak komen pasal header, kalau Ame nak letak gambar kat header,, Ame letak la gambar penuh, jangan letak gambar yang fokus kat mata macam tu,,, Terkejut gak la bila Nurna buka blog Ame...

Tittle blog Ame "Its My Life, The Confessions" tu,,, tak jelas sangat,,, maksud Nurna penggunaan warna tu tak bape nak nampak. Rasanya kalau Ame tukar warna lain mesti nampak okey,,, Tapi maaf la ya,,, Nurna tak tau nak suggest warna apa untuk Ame.. Ame jangan nangis tau dengan apa yang Nurna tulis nie... ^_^



Pandangan Nurna terhadap blog Aneff

Nurna nak komen pasal header,,, header Aneff tu da cantik,,, suka tengok gambar kucing tu... tp background header Aneff tu warna putih,,, da sama dengan background blog,,, jadi tak nampak sangat beza antara header dengan kandungan blog.

Baru Nurna perasan,,, ada link home saya, pasal saya dan jumpa saya... link tu kecik sangat la Aneff,,, mungkin sekali tengok owang tak perasan sangat... kalau boleh Aneff besarkan la sikit link tu,,, tak pun buat macam Ame punya. Aneff,,, sory, jangan kecewa ya baca apa yang Nurna tulis.



Mereka tag



p/s : harap Ame dan Aneff jangan sedey ya dengan apa yang dituliskan disini... serba salah gak sebenarnya nie,,, maklum la,,, blog nie pn tak seberapa sangat... huhuhu






Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Wednesday, 11 May 2011

Terapi snoozelen

Apa itu terapi snoozelen??


Istilah “snoezelen” diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu “snuffelen” yang bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen” yang bermaksud releks.


Snoezeland ialah suatu  terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan.


Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan  pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai :
  • kesan lampu
  • warna
  • suara
  • muzik
  • bau
  • lain-lain



Objektif terapi snoozeland

  • memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri.
  • sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan.
  • memberi perhatian secara individu.
  • dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid.



Rangsangan dapat dihasilkan dengan beberapa cara, antaranya :

  • penglihatan
  • pendengaran
  • sentuhan
  • bau



Kepentingan terapi snoozelen

  • Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
  • Memberi relaksasi kepada fizikal dan mental.
  • Meningkatkan kesedaran dan perhatian.
  • Menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti.
  • Membina keyakinan pada diri.
  • Memperkembangkan kemampuan murid.


ha,, da abis baca,, boleh la klik sini pula..








Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi aroma

Apa itu aroma terapi?? 

Aroma terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental.

Istilah ‘Aroma terapi’ terdiri daripada dua patah perkataan iaitu “Aroma” yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy” yang bermakna rawatan.




Terapi aroma kepada kanak-kanak pendidikan khas 


Terapi aroma sangatlah sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti
  • terencat akal
  • hiperaktif
  • autisma
  • lembam
  • sindrom down
  • ceberal palsy


Terapi aroma dapat membantu menenangkan minda dan emosi kanak-kanak khas serta membantu meningkatkan deria rangsangan bau.




Jenis bau-bauan yang digunakan dalam aroma terapi

1) lavender
  • berfungsi untuk menghilangkan stress
  • mengawal emosi yang tidak stabil

2) jasmin

  • dapat menghilangkan stress

3) ros
  • dapat menenangkan emosi

4) blossom

  • dapat meningkatkan tumpuan
  • dapat mengurangkan sakit kepala



Kepentingan terapi aroma
  • membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
  • membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
  • merangsang pemikiran dan kreativiti murid
  • memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
  • meningkatkan kemahiran pengamatan


okey,, boleh la klik sini kalau berminat..









Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi main

Apa itu terapi main??

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.



Konsep terapi bermain
  • melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
  • ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
  • kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing


Tujuan terapi bermain
  • mengurangkan masalah tingkah laku
  • meningkatkan komunikasi
  • mempu menilai diri sendiri
  • meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 

Kelebihan terapi bermain 
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri 
  • Membolehkan melahirkan masalah 
  • Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan


Proses terapi bermain 

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih



Pelaksanaan melaksanakan terapi main

1) bilik terapi 
  • Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak 
  • Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain


2) media mainan (kritirea)
  • Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
  • Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
  • Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini
  • Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak







3) Kategori mainan 
  • Mainan mencirikan kehidupan sebenar
          - set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
          - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon


  • Mainan bercirikan luahan perasaan agresif
          - gari
          - penukul
          - peralatan militari
          - topeng


  • Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif
          - crayon
          - playdoh
          - kad
          - boneka bekas air




Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih







Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi pasir

Apa itu terapi pasir??


Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.


Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.


Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks. 


Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.


Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.



Tujuan terapi pasir

  • Melatih daya kreativiti kanak-kanak
  • Menghilangkan rasa marah 
  • Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu 
  • Meningkatkan keyakinan diri 
  • Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak



Kepentingan terapi pasir 

  • membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
  • membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
  • merangsang pemikiran murid
  • menguranan tekanan emosi
  • membantu meningkatkan kemahiran sosial



Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih





















Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi hidro

Apa iu terapi hidro??


Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan. 


Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.


Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental.


Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit



Objektif terapi hidro 


Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk :
  • membentuk sikap kerjasama
  • memberi keseronokan ketika berada di dalam air
  • memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.



Elemen penting dalam terapi hidro 

Keselamatan di air
  • Apungan
  • Berenang
  • Pernafasan




Faedah terapi hidro 

  • Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan
  • Air sejuk dapat mengurangkan radang
  • Merawat masalah pernafasan
  • Memberikan keyakinan dan motivasi
  • Merangsang pergerakan 
  • Mengurangkan ketegangan otot 
  • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular



Langkah keselamatan 

  • Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
  • Pastikan paras air sesuai untuk murid
  • Alatan yang sesuai digunakan
  • Pakaian yang sesuai
  • Kawalan guru yang lebih



Aktiviti yang boleh dilakukan 

  • Regangan dan pemanasan badan
  • Penyesuaian diri dengan air
  • Membina keyakinan diri
  • Menguatkan motor kasar
  • Kawalan pernafasan
  • Kayuhan kaki dan imbangan
  • Berjalan di dalam air dan apungan
  • Berjalan sambil menguak tangan


Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih












Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Tuesday, 10 May 2011

Terapi seni visual

Apa itu terapi seni?? 


Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku 


Terapi seni menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk



Kepentingan terapi seni

-          Menyelesaikan konflik emosi
-          Meningkatkan kesedaran  dan semangat kendiri
-          Membina kesedaran sosial
-          Mengubah tingkah laku
-          Membina strategi penyelesaian masalah
-          Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup




    Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan

  •     seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan
  •     seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari
  •     seni adalah pengalaman universal. Tidak terhad kepada individu tertentu


    Fungsi seni dalam pendidikan

    a) menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik
    b) menyumbang kepada kepuasan diri
    c) menyumbang kepada penyelesaian masalah
    d) menyumbang kepada perkembangan personaliti
    e) sebagai alat membantu pertumbuhan kanak-kanak






    Kepentingan seni visual kepada murid bermsalah pembelajaran

    a) meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
    b) meluahka perasaan
    c) menguatkan daya imaginasi
    d) menguatkan motor kasar dan motor halus



·     Aktiviti yang boleh dilakukan
-          Catan
-          Kolaj dan asemblaj
-          Reka bentuk
-          Anyaman
-          Kraftangan
-          Pengubahsuaian alat untuk jadikan benda lain









Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih





















Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi pertuturan

Apa itu terapi pertuturan??

Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.


Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.


Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu.  


Terapi pertuturan  juga adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa.



·   Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik


    
    Kepentingan terapi pertuturan

  •     melatih murid menguasai kemahiran tertentu
  •     membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
  •     meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu
  •     meningkatkan tahap keupayaan murid.


·     Dilakukan kepada
-          Kanak-kanak lewat pertuturan
-          Bibir atau lelangit sumbing
-          Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus
-          Gagap atau sengau
-          Pesakit stroke



·     Punca masalah
-          Masalah pendengaran
-          Lewat perkembangan
-          Otot lisan lemah
-          Kecacatan masa lahir
-          Masalah pernafasan
-          Kecederaan otak
-          Masalah dalam proses penelan makanan


·      Strategi pemulihan
-          Aktiviti intervensi bahasa
-          Terapi artikulasi
-          Terapi motor lisan


·     Aktiviti yang boleh dilakukan

  •     Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan
  •     Membunyikan vokal dengan panjang
  •     Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah)
  •     Meniup belon
  •     Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air


         Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih











Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi pergerakan kreatif

·     Apa itu terapi pergerakan kreatif??

    
    Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.


   Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

·          
    Aspek pergerakan kreatif

      a) lokomotor

  • pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 
  • contoh pergerakan lokomotor
               i) berjalan
               ii) melompat
               iii) merangkak


      b) bukan lokomotor

  • pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. 
  • contoh pergerakan bukan lokomotor
             i) berlari setempat
             ii) melompat setempat
             iii) imbangan bangau


      c) manipulasi alatan

  • manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan 
  • kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. 
  • contoh manipulasi alatan
              i) melantun bola ambil berjalan
              ii) memusingkan gelung dengan tangan
              iii) skipping sambil berjalan

    Tema pergerakan

   Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran


    Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa   
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.


Kepentingan terapi pergerakan kreatif

a) meningkatkan kecerdasan
b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
c) meningkatkan kemahiran bertutur
d) meninkatkan kreativiti


     
·      Aktiviti yang boleh dilakukan

-          Gimrama
-          Tarian moden
-          Tarian tradisional
-          Pergerakan berkumpulan dan berpasangan







Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih













Selamat Datang ke DiaNurna Belog