Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, 1 May 2012

Pertambahan Kemasukan ke IPG

Salam Sume..

Selamat Hari Buruh kepada semua yang bergelar pekerja. Walaupun Nurna masih lagi seorang pelajar, namun suasana Hari Pekerja tetap terasa disebabkan hari nie adalah hari cuti umum. Asal cuti je mesti la seronokkan. Sambil berblog walking, Nurna terbaca dalam artikel Sinar Harian yang bertajuk






Sila klik tajuk untuk baca artikel lengkap.


Syabas diucapkan kepada kepada mereka yang telah berjaya dipilih untuk menghadiri temu duga ke IPG. Buat yang terbaik. Peluang yang datang haruslah dihargai dengan sepenuhnya.


 [ credit to : mr google ]



p/s : teringat zaman temu duga IPG dulu-dulu 







Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Friday, 3 June 2011

Wabak Bakteria yang membawa maut

Assalamualaikum sume,,,


Negara Eropah kini digegarkan dengan satu wabak penyakit yang berpunca daripada sejenis bakteria iaitu E.Coli. Dikatakan bahawa wabak E.Coli ini merupakan wabak yang terbaru dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Wabak itu adalah hasil daripada mutasi dua jenis bakteria E.Coli yang mempunyai gen agresif dan menjadikan bakteria itu kebal terhadap antibiotik.


[ credit : google ]


Bakteria Escherichia coli atau E.Coli adalah sejenis basilis gram-negatif yang terdapat dalam usus haiwan dan manusia. E.Coli sebenarnya berperanan untuk membantu menghalang penempatan organisma patogen yang boleh menyebabkan penyakit.


Menurut Profesor Madya Dr. Nordiah Awang Jalil, "sekiranya E.Coli beralih daripada ekosistem asalnya, bakteria ini menjadi berbahaya. Ia dilaporkan antara agen penyebab jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah, radang selaput otak pada bayi, ciri birit dan jangkitan luka selepas pembedahan yang melibatkan usus".


Bakteria E.Coli biasanya ditemui dalam air yang tercemar. Apabila individu meminum air yang mengandungi bakteria E.Coli, secara tidak langsung bakteria ini akan memasuki perut dan usus kecil. Bakteria ini akan melekat pada usus besar dan mengakibatkan radang pada usus.


Tindak balas ini disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria E.Coli. Individu yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seperti kekejangan perut dan cirit birit berdarah. Keadaan ini boleh berlanjutan hingga individu mengalami komplikasi hemolytic uremic syndrome (HUS). Ia menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, sel platlet menjadi rendah dan kekurangan sel darah merah.
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Tuesday, 15 March 2011

Bencana di Jepun

Salam sume,,,

Skunk kita di gegarkan dengan bencana TSUNAMI yang berlaku di Jepun baru-baru ini... Keadaan bertambah buruk apabila Loji Nuklear di sahkan meletup dan menyebarkan radioaktif yang berbahaya. Jum kita baca artikel nie.....



LAGI AMARAN GEMPA DIKELUARKAN




Jabatan Meteorologi Jepun (JMO) mengeluarkan amaran berlaku satu lagi gegaran yang mencecah tahap magnitut tujuh dalam tempoh dua atau tiga hari ini.

Amaran ini secara tidak langsung meletakkan Tokyo dalam keadaan berjaga-jaga.

Jepun kini dalam keadaan berbahaya apabila berlaku beberapa siri letupan sistem penyejuk di Reaktor No 1 dan No 3 loji nuklear Fukushima.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Endo menjelaskan pertambahan gas hidrogen berlaku dalam reaktor yang rosak. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya letupan hidrogen.

Amaran pencemaran radiasi juga dikeluarkan di beberapa kawasan tertentu. Beberapa laluan juga ditutup manakala pengangkutan darat diberhentikan sementara waktu sehingga keadaan kawasan terkawal.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun juga sukar dihubungi kerana terputus hubungan sejak Jumaat lalu. Sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun dilaporkan selamat dan dipindahkan di pusat pemindahan sementara.


Sumber  :  http://pts.com.my/index.php/S=1baefb3e34b36c776dd42252a69a30f323888811/berita/lagi-amaran-gempa-dikeluarkan/

Selamat Datang ke DiaNurna Belog