Tahukah anda semua buah kurma sebenarnya mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan kita. Antaranya :
- Buah kurma mengandungi gula yang mudah diserap badan dan memberikan tenaga segera apabila berbuka puasa. Oleh itu, umat Islam disunatkan agar berbuka dengan memakan buah kurma.
- Buah kurma juga kaya dengan zat besi. Oleh itu, ia amat sesuai dimakan golongan wanita dan individu yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
- Kulit buah kurma mengandungi serat dan amat baik untuk mencegah barah usus besar.
- Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.
- Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya mencegah barah buah dada dan rahim.