Friday, 18 May 2012

Trend Yang Trendy

Salam dan selamat pagi sume,,


Hari nie,, Nurna nak berbicara tentang trend yang semakin popular di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Okey,, walaupun dah tak bersekolah, still lagi perlu untuk mengetahui trend-trend masa kini. Yalah,, tegarkah kita untuk ditinggalkan oleh trend-trend masa kini?? Oh mungkin tidak dan mungkin iya.. Bergantung pada individu itu jugak..


Berbalik kepada cerita,, pada petang itu, Nurna keluar ke mall bersama rakan. Kononya keluar untuk bershopping la, walaupun sebenarnya kami amat menyedari hakikat bahawa kami sebenarnya sudah tiada sen.. Okey,, diulang sekali lagi sudah tiada sen.. fullstop.. Tapi masih lagi terhegeh-hegeh untuk bershopping.. Berminat untuk shooping?? Boleh klik sini..


Ketika sedang asyik duduk-duduk menunggu rakan, Nurna terpandang gelagat sekumpulan pelajar perempuan yang masih lagi berbaju sekolah. Jadi,, boleh diandaikan disini bahawa mereka adalah pelajar sekolah.





Agak terkejut apabila melihat akan pelbagai aksi di depan mata. Baik dari segi penampilan, gaya berdiri mahupun gaya bercakap. Dengan selamba "wei bodoh,, kau kat mana? aku da lama giler tunggu kau kat sini bodoh?" Tak pasal-pasal dah dapat dua kali bodoh..


Tetiba terfikir dihati, beginikah sikap pelajar-pelajar zaman sekarang? Atau memang begitu sikap yang sepatutnya? Entah la, mungkin Nurna yang agak setapak jauh dari trend-trend yang sepatutnya.


Tapi sebagai seorang bakal guru, Nurna berasa agak terkilan apabila melihat pelbagai trend pelajar sekolah zaman sekarang. Mula tergambar diruang mata,, betapa besarnya cabaran yang akan Nurna pikul kelak. Ni la yang dinamakan cabaran sebagai seorang guru.



p/s : Okey, masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru.



Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Wednesday, 16 May 2012

Kata Pendidik Untuk Bakal Pendidik

Salam sume dan selamat pagi..


Perhatian,, kepada bakal guru diluar sana, sila berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada entry di bawah..


Sedarkah kalian semua bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah mudah seperti yang kamu lihat..


"Okey,, mudah apa,, bangun pagi pergi sekolah, kemudian mengajar, cukup masa balik la.. Macam tu je la hari-hari.."


"Yaka?? Macam tu ka??"


Teringat akan kata-kata seorang pensyarah di dalam dewan ketika Nurna mula-mula mendaftar di IPG dulu..


"Seorang guru mencerminkan masa depan 20 000 orang murid dihadapannya,, Jika baik guru tersebut,, maka baik lah 20 000 orang murid tersebut. Jika sebaliknya, maka sebaliknya jugalah yang akan berlaku"





Kata-kata yang sangat bermakna dan sangat mandalam untuk difikirkan. Kata-kata itu masih segar dalam ingatan Nurna walaupun sudah 5tahun berlalu. Terima kasih kepada pensyarah tersebut atas kata-kata yang bermakna.


Dikesempatan ini Nurna mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan tidak lupa kepada bakal-bakal guru, juga pensyarah pembimbing yang banyak membantu Nurna sepanjang Nurna menjalani praktikum yang lepas. Terima Kasih..





p/s 1 : bestnya bila dengar mereka panggil cikgu.. huhuhuhu
p/s 2 :Kalau berminat untuk mengetahi tentang yuna dengan lebih lanjut,, boleh la KLIK SINI



Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Saturday, 12 May 2012

Jana Pendapatan Dengan ChurpChurp

Salam Sume,,


Nurna nak tanya pernah tak korang sume dengar pasal ChurpChurp.. Nurna pun sebenarnya baru je tau pasal ChurpChurp nie.. Rupanya selain daripada Nuffnang,, kita juga boleh buat duit dengan menggunakan ChurpChurp.. Owh,, agak ketinggalannya Nurna.. ^_^






Apa yang Nurna tau melalui pembacaan daripada otai otai ChurpChurp kat alam maya nie,, ChurpChurp adalah salah satu program dimana dengan hanya mempromosi offer dari pihak ChurpChurp sama ada di Twitter, Facebook, Blog, YM dan lain-lain rangkaian, sudah mampu untuk menjana pendapatan kepada kita.


Walaupun tak banyak tapi bak kata pepatah,, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kan.. Kan.. Kan.. Kalau setuju,, sila klik sini.. Bagi setiap iklan yang dipromosikan akan diberikan sebanyak RM0.20 per klik. Kalau sowang klik da dapat RM0.20.. Cuba bayangkan kalau dalam sehari ada 5 orang yang klik,, boleh dapat RM1.00.. Kalau sebulan? Ha, cekira dapat berapa..


Caranya mudah sahaja,, kita hanya perlu mempromosikan iklan mereka,, contohnya kat SINI.. Kemudian kita suh diaorang sume klik kalau berminat.. Bukan susah pun,, just klik sini dan sini.. Ha,, senang kan,, lebih banyak yang klik,, maka lebih banyak jugak la pendapatan yang kita dapat.. Terima Kasih ya..


Okey,, tunggu apa lagi jom la pakat-pakat daftar ChurpChurp nie.. Tak susah pun. Anda boleh daftar dengan klik di SINI,, Kalau nak mudah boleh klik SINI untuk lihat cara nak daftar,, tutorial nie diambil dari Hafizi Aziz.. Terima kasih kepada tuan blog atas perkongsian tutorial tersebut..
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi haiwan

Apa itu terapi haiwan berkuda??

Lisa McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda) mengata bahawa "menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan”


Kelebihan Terapi Berkuda

Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga manfaat utama 
  • olahraga
  • pendidikan
  • pengubatan

Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.

 
Terapi berkuda juga :
  • Mampu memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mental dan emosi.
  • Membantu kanak-kanak memupuk sifat sabar, dan berdisiplin.


Kalau berminat boleh klik sini.. Terima kasih







Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Terapi herba

Apa itu terapi herba??

Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan.



Tujuan sinergi
  • mempercepatkan penyembuhan
  • menambahkan khasiat pada ubat
  • mengurangkan sifat kekuatan ubat
  • menghilangkan kesan sampingan



Proses terapi herba

a) release
  • racun dan toksik dikeluarkan dari badan

b) relax
  • badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil

c) regeneration
  • menggantikan sel-sel yang mati dengan sel-sel yang baru

d) refunction
  • organ kembali berfungsi secara norma



da penat baca tu,, boleh la klik sini pula,, terima kasih..

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Friday, 11 May 2012

Nilai Sekeping Duit Kertas

Salam sume,,,


[ credit to en.google ]


Nampak nilai duit kat atas nie?? Okey RM50. Alaaa,, tau la RM50. Kalau tanya budak kecik pun boleh jawab. Tapi takkan RM50 je. Nape tak RM500. Barulah banyak sikit. Ni RM50, nak buat apa..


Amboi,, jangan pandang rendah ya pada duit RM50 nie,, sebab ia mampu menjadi nilai sama macam RM500. Tak caya?? Baca situasi kat bawah nie..


Situasi pelajar di awal semester :

"Alamak,, ada sale la.. murah je, sume harga RM50. Boleh la beli 4 5 helai nie. Dah la murah, cantik plak tu. Setakat RM50 apa la sangat"


Situasi pelajar di akhir semester :

"Ha,, mahalnya sampai RM50,, Kenapa mahal sangat. Dah la tak de duit nie. Adoii,,, mahalnya..



p/s : sekadar perkongsian bersama... huhuhu


Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Tuesday, 8 May 2012

Bimbingan Kaunseling dan Kajian Tindakan

Salam sume,,


Ramai yang bertanya kepada Nurna tentang bahan atau nota-nota yang berkaitan dengan Bimbingan Kaunseling dan Kajian Tindakan. Kepada mereka yang bertanya, Nurna minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak updatekan nota-nota seperti yang kalian semua harapkan. Disebabkan Nurna juga sibuk dengan pelbagai kerja dan fail-fail yang menimbun,, jadi memang agak susah la untuk penuhi permintaan kalian semua.


Tapi jangan risau, bagi tidak menghampakan,, Nurna ada linkkan nota-nota tersebut yang telah diambil dari Blog Cikgu Sempoi,, terima kasih tuan blog. Sebellum tu,, meh klik klik sini dulu..



Nota Bimbingan dan Kaunseling

sila klik image untuk dapatkan bahan



Nota nie memang menarik,, warna-warni lagi.. memang dapat menarik perhatian untuk membaca membaca dan membaca lagi... huhuhuhuhu....




Nota Kajian Tindakan

Sila klik image untuk dapatkan bahan



Okey,, apalagi jum,, kita pakat-pakat baca nota nie.. da nak exam kan.. Gud Luck ya semua.


Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Tuesday, 1 May 2012

Pertambahan Kemasukan ke IPG

Salam Sume..

Selamat Hari Buruh kepada semua yang bergelar pekerja. Walaupun Nurna masih lagi seorang pelajar, namun suasana Hari Pekerja tetap terasa disebabkan hari nie adalah hari cuti umum. Asal cuti je mesti la seronokkan. Sambil berblog walking, Nurna terbaca dalam artikel Sinar Harian yang bertajuk






Sila klik tajuk untuk baca artikel lengkap.


Syabas diucapkan kepada kepada mereka yang telah berjaya dipilih untuk menghadiri temu duga ke IPG. Buat yang terbaik. Peluang yang datang haruslah dihargai dengan sepenuhnya.


 [ credit to : mr google ]



p/s : teringat zaman temu duga IPG dulu-dulu 







Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Belajar dan Mengajar

Salam Sume,,


Belajar dan mengajar adalah dua perkataan yang sungguh berbeza. Mana menjadi pilihan anda? Belajar atau mengajar?


Pilihan 1 :

"Mestilah belajar. Belajar tu senang. Masuk kelas belajar je. Paling teruk pun bila nak exam. Tu kira macam kelam kabut sikit la. Tapi kalau da prepare awal, okey je sebenarnya. Belajar nie enjoy tau. Banyak masa terluang. Leh lepak nga kawan-kawan. Sonok la blaja nie.


[ credit to : mr google ]


Tapi biasa la, bila dah susah payah belajar nie, mesti ada harapan yang menggunung dari banyak pihak. Takkan nak belajar takat cikai-cikai je. Lama tu belajar bertahun-tahun. Tegar ke nak cukup makan je. Paling tak pun, nak juga merealisasikan harapan yang dipikul di bahu sendiri. Okey kena berusaha nie."


Pilihan 2 :

"Mengajar la paling best. Seronok tau bila kita mengajar, murid-murid ambil perhatian kat kita. Best sangat. Rasa macam dihargai. Bila murid dapat kuasai suatu topik tu bangganya hati. Senyum seminggu pun tak abis. Tapi tak mustahil la, agak tidak menyeronokkan bila ada murid yang tidak mendengar kata, lambat menguasai matapelajaran dan tidak kurang dengan masalah disiplin. Itu semua cabaran dan dugaan sebenarnya. kalau bukan cikgu yang cuba mendidik, siapa lagi.


 
 [ credit to : mr google ]


Kadang-kadang terkilan jugak. Hari-hari masuk kelas mengajar. Tapi prestasi murid maintain je. Terpikir jugak kat mana silapnya. Mungkin strategi yang digunakan belum cukup mantap lagi. Kena banyak bersabar dan gandakan usahakan."



p/s : mengajar 3 bulan disekolah, mud untuk belajar belum sampai lagi.. Oh,, rindu nak mengajar ^_^ 






Selamat Datang ke DiaNurna Belog