Profesionalisme ialah sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional
Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987)
1. KEPERLUAN GURU
a) KELAYAKAN GURU
Kelulusan ikhtisas guru pendidikan khas :
- Ikhtisas = pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam
- Sentiasa belajar berfikir, merancang dan menilai murid-murid
- Mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap
Jenis kelulusan atau kelayakan :
- Diploma khas pendidikan / pemulihan khas (KDP) sijil perguruan khas pendidikan pemulihan khas (KSPK) - setahun
- Sijil kursus dalam cuti (KDC) pemulihan / pendidikan khas - 6 bulan
- Sijil kursus dalam perkhidmatan (KDP) pemulihan / pendidikan khas - 14 minggu
- Ijazah sarjana muda pendidikan khas - maktb
Kepentingan kelayakan guru :
- Memberi maklumat mengenali murid-murid PK
- Mendapat maklumat cara penilaian dan penapisan murid PK
- Menyatakan hak-hak murid PK dalam pendidikan
- Memberi pengetahuan menyeluruh berkenaan aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani muri PK
b) MOTIVASI GURU
Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang
Motivari instrinsik adalah motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu
Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita membuat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran
Peranan guru dalam memotivasikan murid :
- ganjaran
- ambil berat
- penuhi keperluan pelajar
- terima pelajar seadanya
- berikan kata perangsang
Kesan motivasi :
- menggalakkan semangat persaingan
- menarik perhatian pelajar
- dapat menimbulkan perasaan ingin tahu
- menghasilkan pembelajaran yang bermakna
c) KETERAMPILAN GURU
Keterampilan boleh didefinisikan sebagai kemahiran kecekapan dan pengetahuan menggunakan tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikolotor dan penggunaan sumber yang berkesan (Ahmad, 1997 ; Zamri, 2007)
Dalam konteks pendidikan khas keterampilan bermaksud kemahiran, kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas
Keterampilan guru pendidikan khas :
- menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik
- memiliki pengalaman, bermotivasi tinggi dan kreatif
- mempunyai kemahiran dan teknik pengajaran yang baik
- mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
d) LATIHAN GURU ASAS
Objektif latihan adalah untuk membentuk keupayaan ahli-ahlinya.
Latihan dalam sistem pendidikan merupakan kesediaan untuk mempelajari tatacara bekerja untuk meningkatkan kemahiran guru.
Program mengenalpasti latihan yang mencukupi dalam bidang yang diceburi
Program yang terlibat :
- Kursus diploma perguruan malaysia (KDP)
- Program bacelor pendidikan
- Kursus perguruan lepasan diploma (KPLD)
- Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI)
- Kursus diploma perguruan khas (KDPK)
- Program khas pengsiswazahan guru (PKPG)
Contoh latihan asas guru :
- amali
- pengalaman berasaskan sekolah
- latihan mengajar
Tujuan guru asas PK :
- memberi pengalaman yang baik
- mengenal pasti masalah murid-murid
- menggunakan pelbagai pendedahan untuk menangani masalah murid
Isu latihan guru asas :
- ramai yang menganggap tanpa latihan guru asas seseorang mampu menjadi guru dan mengajar murid-murid
- infrastruktur dan kemudahan tempat guru menerima latihan guru asas
- guru biasa mengajar di kelas pendidikan khas tanpa latihan asas
- sistem pemilihan calon guru
2) PENINGKATAN PROFESIONALISME
Objektif :
- meningkatkan profesionalisme guru
- inovasi terkini dalam pendidikan
- memartabatkan profesion pendidikan
- mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan
- meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan
Kursus dalam perkhidmatan
- Menyediakan latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah
- Program ini bermatlamat kepada peningkatan pengetahuan dan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring dengan perkembangan pendidikan global
- Kursus yang ditawarkan termasuk program ijazah dan pasca ijazah
Jenis kursus yang ditawarkan
- Kursus pendek kelolaan institut pendidikan guru malaysia (KPKI)
- Kursus khas pensarjanaan pensyarah
- Program pembangunan jurulatih malaysia
- Kursus peningkatan profesionalisme 14 minggu
- Kursus sijik perguruan khas (KSPK) satu tahun
3) SOKONGAN PENGURUSAN SEKOLAH
Kerjasama :
- guru besar tidak memahami konsep pendidikan khas
- guru aliran perdana tidak mengiktiraf pendidikan khas
- pihak sekolah hanya meletakkan program pendidikan khas dipinggiran
- pihak pejabat tidak memberi kerjasama dari segi keperluan kewangan dan kebenaran untuk aktiviti luar
Kenaikan pangkat
Penghargaan dan pengiktirafan :
- guru besar jarang mencalonkan guru PKsebagai guru cemerlang
- guru aliran perdana cemburu dengan elaun PK
- guru PK dianggap tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap sekolah
Kebajikan :
- guru PK dikatakan mempunyai peruntukan sendiri dan sukar mendapat bantuan BBM dan sebagainya
- senioriti antara guru aliran perdana dan pendidikan khas
- guru PK sudah mendapat elaun khas
0 comments:
Post a Comment