Pengenalan
PDK merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri.
Ia merupakan satu lagi pekhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain dari perkhidmatan untuk kanak-kanak, warga tua dan sebagainya.
PDK menyediakan tempat dan memberi peluang kepada orang kurang upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.
Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat.
Ianya dianggotai oleh ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).
Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh Pemulihan Dalam Komuniti yang berhampiran.
Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di Pemulihan Dalam Komuniti melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.
Secara keseluruhannya Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga Pemulihan Dalam Komuniti ini.
Jabatan ini yang bertanggungjawab dan berperanan seperti berikut :
- Bayaran sewa premis.
- Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan.
- Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan.
- Peralatan.
- Utiliti.
- Program / aktiviti
- Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK.
- Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
- Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV
- Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.
- PDKNet www.pdknet.com.my
Carta organisasi Pemulihan Dalam Komuniti
- Penasihat
- Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah
- Wakil Pejabat Pendidikan
- Wakil Pejabat Kesihatan
- Wakil Pasukan Polis Diraja Malaysia
- Pengerusi
- Timbalan Pengerusi
- Setiausaha
- Bendahari
- Ahli Jawatan kuasa
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah mula dijalankan pada tahun 1988. Tujuan program Pemulihan dalam komuniti ini diadakan adalah untuk membantu orang-orang berkeperluan khas dalam pemulihan yang mana mereka tidak dapat mengikuti latihan atas sebab yang tertentu.
Pentadbiran PDK sentiasa berusaha menjadikan PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Peranan PDK 'One Stop Centre'' :
- Pusat Intervensi Awal OKU.
- Pusat Sumber maklumat OKU.
- Pusat Rujukan OKU.
- Pusat Pendaftaran OKU.
- Pusat Advokasi.
Sebagai sebuah pusat pentadbiran pertubuhan sosial semua yang terlibat seharusnya mengetahui dan memahami akta pekerja sosial bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah Pusat Pemulihan Komuniti.
Akta Pekerja Sosial ialah suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan pelesenan pekerja sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial.
Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan mereka dalam komuniti.
Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah.
Akta ini adalah satu strategi penting dalam inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial.
Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan akta.
Akta ini akan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan.
Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malaysia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial.
Haa,, dah baca nota nie,, jangan lupa klik sini.. Terima Kasih..
Haa,, dah baca nota nie,, jangan lupa klik sini.. Terima Kasih..