Teori motivasi intrinsik
- Motivasi intrinsik ialah motivasi yang terbatin dan merupakan penggerak kepada perlakuan untuk kepentingan sendiri atau untuk memperolehi ganjaran bagi diri sendiri
Teori motivasi ekstrinsik
- Motivasi ekstrinsik merujuk kepada konsep yang berkait dengan peneguhan.
- Suatu proses apabila rangsangan atau peristiwa luar yang disebabkan oleh tindak balas itu meningkat
- Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya
Teori motivasi keperluan maslow
Abraham Maslow (1943;1970) mengatakan bahawa pada dasarnya semua manusia memiliki keperluan asas yang dapat dijelaskan dalam bentuk piramid yang bermula daripada petingkat yang paling rendah sehingga yang paling tinggi
- Keperluan fisiologi : keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup
- Keperluan keselamatan : bagi menjamin kesejahteraan hidup
- Keperluan kasih sayang : hubungan dengan insan yang lain
- Keperluan penghargaan kendiri : manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup
- Keperluan kesempurnaan kendiri : usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri
KOMPOTENSI SOSIAL
Kompotensi sosial bermaksud bagaimana individu itu dapat mengurus hubungannya dengan orang lain
Kesedaran sosial
a) Membangun individu lain
- kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan
b) Kesedaran organisasi
- keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan semasa
c) Berorientasi perkhidmatan
- boleh menjangka, mengenal pasti dan memenuhi keperluan individu
d) Empati
- sedar akan perasaan dan keperluan orang lain dan mengambil berat
e) Melayani kepelbagaian
- membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia
Kemahiran sosial
a) Pengaruh
- menggunakan pelbagai teknik untuk memujuk
b) Pemangkin perubahan
- memulakan hala tuju serta mengurus dan memimpin perubahan
c) Komunikasi
- menyampaikan maklumat yang jelas dan meyakinkan
d) Kepimpinan berinspirasi
- memandu dan mendorong desakan visi
0 comments:
Post a Comment