Thursday 17 March 2011

Korunk Ingat Mudah ka???


Salam sume,,,
Selamat pagi semoga ceria-ceria selalu...


Pada pagi yang hening nie,,,
Terlintas difikiran Nurna untuk menulis entry mengenai ini...

Korunk Ingat Mudah Ka??

Ha??? Apa yang mudahnya???
Entah,,, Nurna pn xtau apa yang mudahnya...
Yaka mudah??? Mudah ka ha???
Hehehehe,,, selalu jek kita dengar owang akan berkata sebegitu kan...
Emm,,, apa komen korunk sume... ^_^


Ya...
Mmg mudah untuk merosakkan sesuatu
Mmg mudah untuk menghancurkan apa yang telah dibina
Mmg mudah untuk memutuskan ikatan yang terjalin
Nak tau kenapa???
Sebab untuk buat sume tu,,,
Tak makan masa yang lama pun
Tak guna tenaga yang banyak pun
TAPI
Korunk kena ingat...
Korunk ingat mudah ka???
Ha?? Mudah ka??
Nak baik pulih suatu yang dah rosak??
Nak bina kembali apa yang dah hancur??
nak sambung semula ikatan yang dah putus??
Korunk ingat mudah ka??
sume tu amik masa tau
malah guna tenaga yang banyak tau
Jadi korunk ingat mudah ka??


p/s : coretan sekadar isi masa lapang...
hehehehehe... ^_^


Itu saja,,,
Dari Nurna
^_^

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Tuesday 15 March 2011

Bencana di Jepun

Salam sume,,,

Skunk kita di gegarkan dengan bencana TSUNAMI yang berlaku di Jepun baru-baru ini... Keadaan bertambah buruk apabila Loji Nuklear di sahkan meletup dan menyebarkan radioaktif yang berbahaya. Jum kita baca artikel nie.....



LAGI AMARAN GEMPA DIKELUARKAN




Jabatan Meteorologi Jepun (JMO) mengeluarkan amaran berlaku satu lagi gegaran yang mencecah tahap magnitut tujuh dalam tempoh dua atau tiga hari ini.

Amaran ini secara tidak langsung meletakkan Tokyo dalam keadaan berjaga-jaga.

Jepun kini dalam keadaan berbahaya apabila berlaku beberapa siri letupan sistem penyejuk di Reaktor No 1 dan No 3 loji nuklear Fukushima.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Endo menjelaskan pertambahan gas hidrogen berlaku dalam reaktor yang rosak. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya letupan hidrogen.

Amaran pencemaran radiasi juga dikeluarkan di beberapa kawasan tertentu. Beberapa laluan juga ditutup manakala pengangkutan darat diberhentikan sementara waktu sehingga keadaan kawasan terkawal.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun juga sukar dihubungi kerana terputus hubungan sejak Jumaat lalu. Sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun dilaporkan selamat dan dipindahkan di pusat pemindahan sementara.


Sumber  :  http://pts.com.my/index.php/S=1baefb3e34b36c776dd42252a69a30f323888811/berita/lagi-amaran-gempa-dikeluarkan/

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Sunday 13 March 2011

Kenapa Muka Mereka Macam Tu???

Salam sume,,,

Bila tengok kawan-kawan Nurna sibuk nga keje asgment yang berlambak-lambak,,,
Ditambah pulak dengan mimik muka sowang-sowang,,,
emmm,,, Nak duduk bersembang pn rasa macam xda mud,,,
ye la,,, takut kena marah,,, Sb sume dalam keadaan yang bad mud...
last2,,, bukak blog nie,, n cakap kat sini... simple... ^_^


Kan bagus kalau dalam keadaan mereka yang terteban dengan keje,,,
yang menimbun-menimbun banyaknya,,,
Mereka masih lagi mampu untuk tersenyum begini:

^
^
^



Macam mustahil je kan???
kan?? kan??
Tp masih lagi boleh dikatakan okey jika mereka masih mampu
mempamerkan mimik muka yang macam nie :

 ^
 ^
 ^



Walaupun nampak macam xde perasaan,,,
sekurang-kurangnya xla nampak teruk sangat...
Tapi,,, rasanya mmg sangat la x sanggup nak tengak
mimik muka dalam keadaan yang mcm nie :

 ^
 ^
 ^



Alahai,,, bak kata pepatah,,,
Berat mata melihat,,, berat lagi bahu yang memikulnya... ^_^
Walau apa pun mimik muka yang mereka tunjukkan,,,
Mereka masih lagi kawan anda bukan...
hehehehehe....

Itu saja,,,
Dari Nurna
^_^

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Friday 11 March 2011

Sume Sama Je...

Salam Sume...

Hari nie Nurna nak share nga korunk sume akan kelebihan dan kekurangan diri.

Setiap owang mempunyai kelebihan atau kekurangan diri. Itu normal ya..
Jadi janganlah berasa rendah diri apabila korunk menyedari akan kekurangan yang ada pada diri korunk... Kerana,,, tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini...
Oleh itu,,, terima kenyataan yang kita juga punya kelebihan dan kekurangan yang ada...  ^_^


Kelebihan yang ada pada diri kita bukanlah untuk digunakan menunjuk-nunjuk atau riak semata-mata. Gunakanlah kelebihan yang ada pada diri kita dengan cara yang baik. Tidak guna kita bersikap sombong atau angkuh,,, kerana ianya tidak akan membawa kita kemana-mana...




Kelemahan yang ada pada diri kita pula bukanlah satu peluang agar kita tidak mencuba untuk melakukan yang terbaik. Sebaliknya,,, kita cuba membuat penambahbaikkan kepada kelemahan yang ada pada diri kita. Hidup ini memerlukan kita berusaha untuk mendapat sesuatu yang kita impikan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang sewajarnya... ^_^

Itu saja untuk hari ini,,,
Dari Nurna
^_^
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Tuesday 8 March 2011

"Korunk Boleh tak??"

Salam sume,,,

"Korunk2 Boleh tak?? Boleh tak korunk??"
Nie apa kes lak nie??? Boleh tak,,, Boleh tak... Nak apa sebenarnya,,, cuba bagi tau nak apa... huhuhu Sebenarnya Nurna nk share nga korunk sume something,,, Something apa???? Haaa,,, something yang kadang kala kita tak perasaan pn yang kita slalu gunakannya dalam kehidupan seharian kita... Apa tu??? Dah macam men teka teki dah nie hah... ^_^

"Boleh tak korunk pegi hantar buku nie???"

"Korunk,,, boleh tak tolong ambilkan alatan kat sana???"

Sedar atau tidak kita slalu guna perkataan BOLEH TAK bila kita nak minta pertolongan owang lain,,, kan?? kan?? btolkan... Acecece,,, malu nak ngaku plak korunk nie... Tak salah jika kita gunakan perkataan Boleh tak... Emmm,,,, apa kata kita cuba plak gantikan perkataan Boleh tak tu dengan perkataan lain...

"Korunk,, tolong bawa peralatan esok,,, boleh kan???"

"Boleh kan korunk pegi hantar buku nie??"

Sejuk sikit telinga ni hah,,, bila dengar kata-kata mcm nie... huhuhu
Apa lagi,,, boleh la kita pakat guna perkataan Boleh kan pas nie... hehehe
Amboi,,, syok ja suh owang len praktis,,, Diri sendiri pn nak kena praktis gak nie.. ^_^



Orait,, tu saja untuk hari nie,,,
Dari Nurna
^_^
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Monday 7 March 2011

Budak Baru belajar Episod 2

Salam sume...
Macam kelakar je kan entry nie,,, boleh plak da episod di sini... ^_^
Bukan apa,,, hari tu Nurna lupa nak bagitau something yang tak seberapa penting,,, tp penting jugak la... Jadi terpaksa la Nurna buat entry lagi satu untuk kesinambungannya..

Just wanna say,,, segala entry atau post mengepos yang dicatatkan dalam catatan DiaNurna Belog ini,,, adalah melalui apa yang dilalui serta pemikiran dan penglihatan Nurna... (apa la yang aku merepek nie,,, wat malu jek) Jadi,,, kepada pembaca Nurna yang ingin memberi segala teguran atau penambahbaikkan amatlah dialu-alukan...


Dan mitak maaf juga  sekiranya apa yang dipostkan disini ada melukakan hati mana-mana pihak tanpa Nurna sedari... Nurna mitak maaf ya... Saya hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...

That all for today...
Dari Nurna...
^_^
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

Saya Budak Baru Belajar...

Salam sume dan selamat datang ke DiaNurna Belog...
Terima kasih kerana sudi membuang masa korunk sume untuk berlenggang kangkong di Nurna Belog yang tak seberapa ini... Maklum la,,, saya kan Budak Baru Belajar... ^_^

Sebenarnya,,, saje je buat blog nie,,, suka suki isi masa yang terluang n xtau nak buat apa... huhuhuhu... bila tgk owang len da blog,, tetiba jek da keinginan untuk berblog dan mempunyai blog gak.. eh2,,, btol ke x Nurna nie kan... boleh lak cmtu... tp itu la realitinya bukan fantasi atau mimpi lagi...

Belog nie adalah kepunyaan Nurna. Emmmm,,, mesti ada yang tertanya-tanya kan,,, "Dia" kenapa mesti "Dia???" kenapa tidak Mereka, Kamu, Kita atau len-len... Jeng,, jeng,, jeng,,, Jawapannya biar lah rahsia... hehehehe



okey,,, itu saja dari Nurna,,, jumpa lagi...
Salam Pekenalan
Nurna ^_^
Selamat Datang ke DiaNurna Belog

peta halaman


Selamat Datang ke DiaNurna Belog