Tuesday 15 March 2011

Bencana di Jepun

Salam sume,,,

Skunk kita di gegarkan dengan bencana TSUNAMI yang berlaku di Jepun baru-baru ini... Keadaan bertambah buruk apabila Loji Nuklear di sahkan meletup dan menyebarkan radioaktif yang berbahaya. Jum kita baca artikel nie.....



LAGI AMARAN GEMPA DIKELUARKAN




Jabatan Meteorologi Jepun (JMO) mengeluarkan amaran berlaku satu lagi gegaran yang mencecah tahap magnitut tujuh dalam tempoh dua atau tiga hari ini.

Amaran ini secara tidak langsung meletakkan Tokyo dalam keadaan berjaga-jaga.

Jepun kini dalam keadaan berbahaya apabila berlaku beberapa siri letupan sistem penyejuk di Reaktor No 1 dan No 3 loji nuklear Fukushima.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Endo menjelaskan pertambahan gas hidrogen berlaku dalam reaktor yang rosak. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya letupan hidrogen.

Amaran pencemaran radiasi juga dikeluarkan di beberapa kawasan tertentu. Beberapa laluan juga ditutup manakala pengangkutan darat diberhentikan sementara waktu sehingga keadaan kawasan terkawal.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun juga sukar dihubungi kerana terputus hubungan sejak Jumaat lalu. Sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun dilaporkan selamat dan dipindahkan di pusat pemindahan sementara.


Sumber  :  http://pts.com.my/index.php/S=1baefb3e34b36c776dd42252a69a30f323888811/berita/lagi-amaran-gempa-dikeluarkan/

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

0 comments: