Friday 28 October 2011

PELEBELAN, PENGASINGAN dan INTEGRASI

PELEBELAN

Definisi Pelebelan
Pelebelan didefinisikan sebagai mengecap seseorang mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelebelan juga boleh dianggap sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap esuatu perkara.


Kesan Positif Pelebelan Kepada Murid
  • Masalah murid-murid lebih difahami
  • Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU dan kemudahan
  • Pnp yang dilaksanakan oleh guru berfokus terus kepada kemahiran asas untuk berdikari
  • Membolehkan perkihdmatan khusus diberi kepada kanak-kanak untuk mengikut keperluannya contohnya seperti rawatan


Kesan Negatif Pelebelan Kepada Murid
  • Mewujudkan sifat pemalu yang tinggi
  • Murid sering diketepikan dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah
  • Timbulnya pelbagai istilah negatif bukan sahaja menyebabkan murid patah hati untuk belajat tetapi menjurus kepada masalah disiplin


Kesan Positif Pelebelan Kepada Guru
  • Memudahkan guru membuat rancangan pengajaran individu
  • Mengukur tahap murid berdasarkan ujian-ujian yang dilaksanakan
  • Pelebelan dapat membantu dalam mengenal pasti faktor yang membawa kepada kecacatan atau masalah


Kesan Negatif Pelebelan Kepada Guru
  • Guru pendidikan khas disama tarafkan dengan murid
  • Menimbulkan persepsi negatif guru aliran perdana terhadap guru pendidikan khas
  • Dikatakan tidak mahu bercampur gaul dengan guru perdana
  • Dipandang sebagai golongan kelas kedua


Kesan Positif Pelebelan Kepada Ibu bapa

  • Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak
  • Mendapat kemudahan bantuan daripada kerajaan dan NGO



Kesan Negatif Pelebelan Kepada Ibu bapa

  • Tekanan psikologi dan rasa rendah diri
  • Tidak dapat menerima persepsi masyarakat terhadap anak-anak mereka
  • Mereka dilihat sebagai liabiliti bukannya sebagai aset





PENGASINGAN

Definisi Pengasingan

  • Pengasingan juga dikenali sebagai segregrasi
  • Segregrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain
  • Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam



Kesan Positif Kepada Murid

  • Mendapat tumpuan yang lebih
  • Kemudahan infrastruktur yang lengkap
  • Kurang masalah disiplin berlaku
  • Kesan pembelajaran lebih baik



Kesan Negatif Kepada Murid

  • Peluang interaksi yang kurang dengan pelajar normal
  • Masalah penyesuaian diri dalam masyarakat
  • Kurang mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa
  • Meningkatkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel ke atas pelajar berkeperluan khas



Sokongan Dan Kerjasama
a) Kerajaan

  • Peruntukan kewangan yang terus dari kerajaan
  • Pengurusan kewangan Sekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • Sekolah bertaraf PTJ mendapat pertambahan sumber peruntukan dan kuasa berbelanja yang memudahkan pengetua membuat perancangan tentang pembangunan akademik, kokurikulum dan pengirisan sekolah


b) Kerjasama pelbagai disiplin

  • Guru
  • Pegawai Perubatan
  • Ahli terapi
  • Ahli psikologi



Masalah Pembelajaran Sebagai 1 Kontinum
a) Kontinum = kelompok
b) Lokasi

  • kedudukan bangunan / kelas yang terasing
  • Masalah ruang yang terhad

c) Sosial

  • pergaulan yang terhad dengan warga sekolah
  • kurang penglibatan dalam aktiviti sekolah

d) Kurangnya sokongan pihak pentadbir

  • layanan sebagai golongan kelas kedua
  • kurangnya peruntukan kewangan
  • sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengambil peperiksaan awam





INTEGRASI

Definisi Integrasi

  • Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan kanak-kanak biasa
  • Integrasi juga didefinisikan sebagai menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa



Masalah Normalisasi

  • kurang peluang dalam penglibatan kokurikulum
  • memerlukan latihan yang khusus untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan
  • kurang penyesuaian terhadap murid-murid biasa



Masalah Disiplin

  • pergaduhan dengan pelajar normal
  • berkeliaran semasa PnP
  • terpengaruh dengan masalah disiplin pelajar normal
  • kurang berminat untuk melakukan tugasan yang diberi guru



Pemilihan Kelas

  • berdasarkan kecacatan
  • berdasarkan IQ 

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

0 comments: