Negara Eropah kini digegarkan dengan satu wabak penyakit yang berpunca daripada sejenis bakteria iaitu E.Coli. Dikatakan bahawa wabak E.Coli ini merupakan wabak yang terbaru dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Wabak itu adalah hasil daripada mutasi dua jenis bakteria E.Coli yang mempunyai gen agresif dan menjadikan bakteria itu kebal terhadap antibiotik.
[ credit : google ]
Bakteria Escherichia coli atau E.Coli adalah sejenis basilis gram-negatif yang terdapat dalam usus haiwan dan manusia. E.Coli sebenarnya berperanan untuk membantu menghalang penempatan organisma patogen yang boleh menyebabkan penyakit.
Menurut Profesor Madya Dr. Nordiah Awang Jalil, "sekiranya E.Coli beralih daripada ekosistem asalnya, bakteria ini menjadi berbahaya. Ia dilaporkan antara agen penyebab jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah, radang selaput otak pada bayi, ciri birit dan jangkitan luka selepas pembedahan yang melibatkan usus".
Bakteria E.Coli biasanya ditemui dalam air yang tercemar. Apabila individu meminum air yang mengandungi bakteria E.Coli, secara tidak langsung bakteria ini akan memasuki perut dan usus kecil. Bakteria ini akan melekat pada usus besar dan mengakibatkan radang pada usus.
Tindak balas ini disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria E.Coli. Individu yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seperti kekejangan perut dan cirit birit berdarah. Keadaan ini boleh berlanjutan hingga individu mengalami komplikasi hemolytic uremic syndrome (HUS). Ia menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, sel platlet menjadi rendah dan kekurangan sel darah merah.
2 comments:
bahaya nya virus nie ..semoga virus nie x merebak kat negara kt..nice info, thanks for sharing..(^__^)
welcome,,, ^_^
Post a Comment