Friday 18 May 2012

Trend Yang Trendy

Salam dan selamat pagi sume,,


Hari nie,, Nurna nak berbicara tentang trend yang semakin popular di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Okey,, walaupun dah tak bersekolah, still lagi perlu untuk mengetahui trend-trend masa kini. Yalah,, tegarkah kita untuk ditinggalkan oleh trend-trend masa kini?? Oh mungkin tidak dan mungkin iya.. Bergantung pada individu itu jugak..


Berbalik kepada cerita,, pada petang itu, Nurna keluar ke mall bersama rakan. Kononya keluar untuk bershopping la, walaupun sebenarnya kami amat menyedari hakikat bahawa kami sebenarnya sudah tiada sen.. Okey,, diulang sekali lagi sudah tiada sen.. fullstop.. Tapi masih lagi terhegeh-hegeh untuk bershopping.. Berminat untuk shooping?? Boleh klik sini..


Ketika sedang asyik duduk-duduk menunggu rakan, Nurna terpandang gelagat sekumpulan pelajar perempuan yang masih lagi berbaju sekolah. Jadi,, boleh diandaikan disini bahawa mereka adalah pelajar sekolah.





Agak terkejut apabila melihat akan pelbagai aksi di depan mata. Baik dari segi penampilan, gaya berdiri mahupun gaya bercakap. Dengan selamba "wei bodoh,, kau kat mana? aku da lama giler tunggu kau kat sini bodoh?" Tak pasal-pasal dah dapat dua kali bodoh..


Tetiba terfikir dihati, beginikah sikap pelajar-pelajar zaman sekarang? Atau memang begitu sikap yang sepatutnya? Entah la, mungkin Nurna yang agak setapak jauh dari trend-trend yang sepatutnya.


Tapi sebagai seorang bakal guru, Nurna berasa agak terkilan apabila melihat pelbagai trend pelajar sekolah zaman sekarang. Mula tergambar diruang mata,, betapa besarnya cabaran yang akan Nurna pikul kelak. Ni la yang dinamakan cabaran sebagai seorang guru.



p/s : Okey, masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru.



Selamat Datang ke DiaNurna Belog

0 comments: