Tuesday 10 May 2011

Terapi cara kerja

Apa itu terapi cara kerja??

Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.


Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.


Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.


Objektif terapi cara kerja dijalankan
  • membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik
  • memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
  • membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian


Kepentingan terapi cara kerja
  • Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
  • Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
  • Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur


    Aktiviti terapi cara kerja
    

   Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.



    Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah :
  •     Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
  •     Latihan pravokasional
  •     Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
  •     Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif











Selamat Datang ke DiaNurna Belog

0 comments: