Asal usul terapi
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon"
Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.
Apa itu terapi??

Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Konsep terapi dalam Pendidikan Khas
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.
Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Keperluan terapi dalam pendidikan khas
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :
·
- Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
- Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi
- Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran
- Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
- Membina konsep kendiri
- Merangsang pengaliran darah dan oksigen
Kepentingan terapi
Terapi berkepentingan untuk :
- Meningkatkan kemahiran pengamatan
- Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
- Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
- Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
- Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
- Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
- Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
- Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
Jenis-jenis terapi
Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :
- Terapi fisio
- Terapi cara kerja
- Terapi pertuturan
- Terapi muzik dan nyanyian
- Terapi seni visual
- Terapi hidro atau terapi air
- Terapi pergerakan kreatif
- Terapi main
- Terapi alternative
- Terapi aroma
- Terapi herba
- Terapi ozon
- Tetapi floortime
- Terapi pasir
- Terapi haiwan
- Terapi snoozeland
2 comments:
nice info...
thanks ya... ^_^
Post a Comment