Tuesday, 10 May 2011

Terapi pergerakan kreatif

·     Apa itu terapi pergerakan kreatif??

    
    Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.


   Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

·          
    Aspek pergerakan kreatif

      a) lokomotor

  • pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 
  • contoh pergerakan lokomotor
               i) berjalan
               ii) melompat
               iii) merangkak


      b) bukan lokomotor

  • pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. 
  • contoh pergerakan bukan lokomotor
             i) berlari setempat
             ii) melompat setempat
             iii) imbangan bangau


      c) manipulasi alatan

  • manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan 
  • kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. 
  • contoh manipulasi alatan
              i) melantun bola ambil berjalan
              ii) memusingkan gelung dengan tangan
              iii) skipping sambil berjalan

    Tema pergerakan

   Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran


    Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa   
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.


Kepentingan terapi pergerakan kreatif

a) meningkatkan kecerdasan
b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
c) meningkatkan kemahiran bertutur
d) meninkatkan kreativiti


     
·      Aktiviti yang boleh dilakukan

-          Gimrama
-          Tarian moden
-          Tarian tradisional
-          Pergerakan berkumpulan dan berpasangan







Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih













Selamat Datang ke DiaNurna Belog

0 comments: