Tuesday, 10 May 2011

Terapi fisio

Apa itu fisio terapi??


Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.


Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya


Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut :
  • mengurut
  • manipulasi
  • latihan teraputik
  • penyejukan dan pemanasan
  • terapi hidro
  • rangsangan menggunakan elektrik
  • rangsangan menggunakan cahaya

Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit



    Aktiviti fisio terapi


    Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan di adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.


    Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :
  •     Latihan berpusatkan motor halus
    -          memotong
    -          menggunting
    -          mencabut
    -     meramas
    -     menguli
    -     merenyuk
    -     mencubit
    -     memicit

  •     Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar
    -          Membaling
    -     Menolak
    -     Memukul
    -     Melambung
    -     Menyambut
  
  •     Latihan imbangan
    -          Berdiri dengan sebelah kaki
    -     Membawa buku di atas kepala
    -     Berdiri di atas kerus

  •        Latihan koordinasi
    -          memasukkan jarum ke dalam lubang manik
    -          melambung dan menyambut bola berbagai saiz








      Selamat Datang ke DiaNurna Belog

      0 comments: