Wednesday 11 May 2011

Terapi main

Apa itu terapi main??

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.



Konsep terapi bermain
  • melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
  • ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
  • kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing


Tujuan terapi bermain
  • mengurangkan masalah tingkah laku
  • meningkatkan komunikasi
  • mempu menilai diri sendiri
  • meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 

Kelebihan terapi bermain 
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri 
  • Membolehkan melahirkan masalah 
  • Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan


Proses terapi bermain 

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih



Pelaksanaan melaksanakan terapi main

1) bilik terapi 
  • Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak 
  • Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain


2) media mainan (kritirea)
  • Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
  • Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
  • Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini
  • Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak







3) Kategori mainan 
  • Mainan mencirikan kehidupan sebenar
          - set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
          - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon


  • Mainan bercirikan luahan perasaan agresif
          - gari
          - penukul
          - peralatan militari
          - topeng


  • Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif
          - crayon
          - playdoh
          - kad
          - boneka bekas air




Ha,, da selesai baca boleh la klik sini pula.. Terima Kasih







Selamat Datang ke DiaNurna Belog

0 comments: